Sampai bila anak-anak Malaysia perlu rasa tertekan pergi sekolah?

Iklan

Isu melibatkan silibus pendidikan negara menjadi semakin rancak dibicarakan sejak akhir-akhir ini setelah tularnya video seorang ibu yang memaparkan situasi anak perempuannya menangis kerana tidak lancar membaca.

Ia mendapat perhatian ramai pihak dan rata-ratanya menyuarakan pendapat masing-masing tentang masalah melibatkan silibus pendidikan terutamanya di peringkat sekolah rendah yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada murid-murid.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik Pensyarah Universiti UCSI, Dr Othman Talib, beliau sedih mengenangkan ribuan anak-anak Malaysia yang terpaksa menerima situasi persekolahan ‘menekan’ sebaik sahaja ingin memulakan persekolahan.

"Di saat anak-anak Malaysia yang berada di luar negara mula ke sekolah tanpa buku, tanpa alat tulis, tanpa resah, tanpa gelisah dan tanpa tekanan. Anak-anak bersekolah di Malaysia bergelut dengan macam-macam kekangan. Kenapa?

Iklan

"Saya cuma sedikit kesal. Di saat negara lain menjauhi ‘One Size Fits All’ sambil merealisasikan ‘Less Teaching More Learning’, sangat menjaga dan berhati-hati kerana murid adalah jantung negara.

"Pergilah lihat sendiri murid di negara orang, yang tidak kecoh dengan STEM, AI, digital tetapi sentiasa berusaha menjadikan dunia pendidikan autentik dan menyeronokkan,” tulisnya.

Iklan

Dalam pada itu, memetik laporan media sebelum ini, seramai 175,304 iaitu 13 peratus kanak-kanak di penghujung sekolah rendah tidak mahir membaca dan 1.01 juta (5.03 peratus) rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kemahiran literasi.