Bot karam Sungai Kayan: Mayat mangsa terakhir ditemukan

Iklan
Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, ditemukan pada pukul 6.38 pagi Khamis. Foto JBPM

Mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Kayan, Lundu, Kuching, Sarawak kira-kira 72 kilometer (km) Selasa lepas, ditemukan pada pukul 6.38 pagi Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Alasma Jithil,14, dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian berdekatan Kampung Selampit.

Iklan
Iklan

"Mayat dijumpai oleh orang kampung dan kemudian diambil oleh anggota Sarawak Coast Guard pada pukul 6.40 pagi. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Lundu,” katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan mayat ketiga itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jeti sungai itu ditamatkan.

Iklan

Semalam, mayat dua mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung 1 km dari lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang.

Selasa lepas, dalam kejadian 6.10 pagi, sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang telah karam di Sungai Kayan dengan 17 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa dilaporkan hilang. - Bernama

Iklan