Bentuk kesedaran remaja cegah gejala sosial, seks berisiko

Iklan
Program Remaja Holistik, sebuah inisiatif membangkitkan kesedaran dan memberi panduan kepada golongan remaja.

Isu gejala sosial dan masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja semakin hangat dibincangkan oleh masyarakat dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia adalah cabaran serius yang perlu ditangani segera.

Setiap hari, kes-kes melibatkan remaja seperti rogol, rempit, pembuangan bayi dan zina sering menjadi tajuk utama di dada akhbar, mencerminkan betapa seriusnya masalah ini.

Iklan
Iklan

Dilancarkan pada Mac 2023, program ini kembali dengan siri jelajah kedua pada Januari 2024 merangkumi lima negeri dengan melibatkan seramai 2,452 pelajar sekolah menengah.

"Program ini tidak sekadar memberi pendedahan tetapi turut melibatkan pelajar dalam sesi interaktif melalui tiga modul utama iaitu Perkembangan Diri Remaja, Kesihatan Mental dan Emosi Remaja serta Seksualiti Remaja,” katanya.

Iklan

Sukarelawan yang terdiri daripada ahli Kelab Prime Mover dan pelajar UiTM dilatih khas oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Mereka diberi pendedahan mendalam tentang kesihatan mental dan pendidikan seksual, agar dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan kepada pelajar.

Iklan

"Program ini diharapkan dapat membantu mereka mengurus emosi dengan lebih baik dan menghapuskan stigma negatif mengenai penyakit mental," tambahnya.

Program itu bukan sahaja memberi impak kepada para remaja, tetapi juga mendapat sambutan positif daripada masyarakat yang melihatnya sebagai langkah proaktif dalam menangani masalah sosial yang akan dihadapi oleh warga muda pada masa hadapan.