UPSI perkukuh hubungan akademik dengan Indonesia

Iklan
Lawatan kebudayaan ke Candi Borobudur, Indonesia.

Dalam usaha merapatkan hubungan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universitas Mercu Buana Yogyakarta (UMBY) menganjurkan satu program pertukaran budaya dari kedua-dua buah negara, baru-baru ini.

Program pertukaran budaya yang berlangsung selama dua hari itu adalah inisiatif awal bagi menjalin hubungan kerjasama antara UPSI melalui Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dengan pihak UMBY pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

Melalui program itu, peserta dari kedua-dua universiti berpeluang mengenali dan memahami tradisi, adat serta nilai budaya yang berbeza antara Malaysia dengan Indonesia.

Misalnya, pelajar UPSI diberi peluang untuk mempelajari cara bermain alat gamelan dan mengetahui kepelbagaian tarian di Indonesia sementara pelajar UMBY dapat mengenal budaya Malaysia melalui tarian serta alat muzik tradisional Melayu.

Iklan

Selain itu, mahasiswa UPSI dan UMBY turut membuat lawatan kebudayaan ke kawasan-kawasan yang banyak memberikan kesan budaya di Yogyakarta seperti Candi Borobudur.

Perkongsian teknik bermain alat muzik tradisional.

Pengetua UKLK, Profesor Madya Ts Dr Che Ghani Che Kob menyatakan bahawa program itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan budaya, tetapi juga untuk memperkukuh hubungan akademik antara kedua-dua universiti.

Iklan

"Melalui program ini, kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk penyelidikan bersama, pertukaran pelajar, dan kolaborasi dalam projek-projek yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Ketua Program Pertukaran UMBY, Dr Endah Wulandari berkata, pertukaran budaya itu adalah satu permulaan yang baik dalam usaha kami untuk menghubungkan pelajar dan akademik dari pelbagai latar belakang.

"Ia bukan sahaja meningkatkan kefahaman budaya, tetapi juga menyumbang kepada pembentukan jaringan akademik yang kukuh antara Malaysia dan Indonesia,” ujarnya.