Pelajar Tingkatan Dua, Qayzikri Hazimi hilang!

Iklan
Qayzikri Hazimi dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat, tengah hari semalam.

Pelajar Tingkatan Dua, Qayzikri Hazimi, 14, dilaporkan hilang dari sebuah sekolah menengah di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, pada tengah hari semalam.

Difahamkan, kali terakhir dia dilihat adalah ketika berjalan keluar dari kelas sambil membawa beg sekolah.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, pihak polis telah menerima aduan daripada seorang guru kira-kira pukul 5.15 petang kelmarin.

"Beliau (guru sekolah) memaklumkan seorang pelajarnya telah tiada di dalam kelas.

Iklan

"Pihak sekolah telah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan juga asrama tetapi gagal dijumpai.

"Dalam kes ini, seorang saksi iaitu rakan sekelas telah nampak pelajar tersebut keluar daripada kelas dengan membawa beg sekolah dan terus ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang giat dijalankan," ujarnya.

Iklan

Mohamad Hatta berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Qayzikri Hazimi, boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.