Boltbuddy Wrench Pipe inovasi pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Iklan
Syed Zainal Abidin (tiga dari kanan) merasmikan pelancaran produk tersebut disaksikan tetamu kehormat yang lain serta Mohd Syafaril (tengah).

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus mengukuhkan peranan mereka dalam inovasi teknologi dengan pelancaran Boltbuddy Wrench Pipe, sebuah alat perpaipan yang direka khas untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan kerja dalam industri.

Produk itu adalah satu daripada 21 projek berjaya di bawah kategori TVET Applied Commercialization Grant Scheme (T-ACGS) yang menerima geran RM40,000 di bawah Skim Geran TVET 2024.

Iklan
Iklan

Boltbuddy Wrench Pipe direka dengan fokus kepada unsur ergonomik bagi membantu pekerja perpaipan mengurangkan tekanan fizikal dan risiko kecederaan semasa bekerja.

Ketua penyelidik projek, Ts Mohd Syafaril Jamaluddin menyatakan bahawa produk alat perpaipan itu dihasilkan dengan tujuan meringankan beban pekerja perpaipan yang sering berdepan kesukaran dalam tugas harian mereka.

Iklan

"Inovasi ini bukan sekadar memudahkan kerja, tetapi juga menjaga kesihatan pekerja kita," kata beliau.

Produk inovasi itu dilancarkan oleh Pengerusi Silterra Malaysia Sdn Bhd, Datuk Sri Syed Zainal Abidin sempena penutupan NICERS'24, CIE-TVET 2024 & Rumble Drone Soccer Competition 2024, baru-baru ini.

Iklan

Beliau dalam ucapannya turut memuji usaha PTSB dalam mengembangkan teknologi yang bermanfaat kepada industri tempatan.

"Pelancaran ini membuktikan komitmen PTSB terhadap penghasilan produk berkualiti yang memberi impak positif kepada industri," katanya.