Qayzikri Hazimi dijumpai di kedai gunting rambut!

Iklan
Qayzikri Hazimi dijumpai oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 3 petang semalam.

Kehilangan pelajar Tingkatan Dua, Qayzikri Hazimi, 14, dari sebuah sekolah menengah di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, pada Selasa membawa khabar gembira apabila ditemui selamat, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din, dia (Qayzikri Hazimi) dijumpai oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 3 petang semalam di sebuah kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang, di sini.

Iklan
Iklan

"Pelajar lelaki itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat. Dia telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sehinggalah dijumpai di kedai tersebut.

"Qayzikri Hazimi bersama keluarga telah dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan,” ujarnya.

Iklan

Terdahulu, Sinar Bestari melaporkan mengenai kehilangan Qayzikri Hazimi yang disyaki hilang dari sekolah di Sikamat, tengah hari kelmarin.

Pihak polis telah menerima aduan daripada seorang guru kira-kira pukul 5.15 petang kelmarin yang memaklumkan seorang pelajarnya telah tiada di dalam kelas.

Iklan

"Dalam kes ini, seorang saksi iaitu rakan sekelas telah nampak pelajar tersebut keluar daripada kelas dengan membawa beg sekolah dan terus ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang giat dijalankan,” kata Mohamad Hatta, pada Rabu.