Dua pelajar pascasiswazah menang kertas kajian terbaik. 'Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya'

Iklan
Muhammad Hamidee (kanan) dan kawan baiknya, Syed Ahmad Aidil Adha (kiri) yang diumum penerima kertas kajian terbaik menerusi Revolutionizing Pedagogical Method Teaching: Ai Integration At Public Universitiy.

"Kegagalan adalah guru terbaik yang mengajar kita erti ketabahan dan kesungguhan," kata Muhammad Hamidee Redzuan kepada Sinar Bestari.

Beliau yang merupakan pelajar pascasiswazah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pernah gagal dalam satu persidangan antarabangsa yang disertai tahun lepas.

Iklan
Iklan

"Saya bersama kawan baik, Syed Ahmad Aidil Adha Syed Md Zain dari Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai persidangan anjuran universiti luar negara namun tidak berjaya ke peringkat akhir.

"Sangat sedih kerana persidangan ini adalah sasaran utama untuk kami bawa pulang pingat sekali gus memenuhi keperluan syarat graduasi sebagai pelajar pascasiswazah.

Iklan

"Oleh itu, saya dan Syed Ahmad Aidil Adha bertekad menerbitkan kertas penyelidikan terbaharu tahun ini dan akhirnya dapat menebus kembali kekecewaan tersebut," katanya.

Muhammad Hamidee berkata, kertas penyelidikan bertajuk Revolutionizing Pedagogical Method Teaching: Ai Integration At Public Universitiy yang dibentangkan dalam Persidangan Pedagogi Pendidikan Peringkat Kebangsaan baru-baru ini, dinobatkan sebagai kertas kajian terbaik oleh penganjur dan akan diterbitkan di bawah jurnal akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi tahun 2025.

Iklan

"Kajian yang dilaksanakan bertujuan mencari penemuan baharu dalam penyelidikan terutama memfokuskan Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan dan juga pendekatan pedagogi yang boleh digunakan pendidik dalam kalangan pensyarah serta guru sekolah.

"Penyelidikan ini adalah satu perkara baharu yang belum pernah dilaksanakan lagi oleh mana-mana penyelidik.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi motivasi dan sokongan sehingga terhasilnya kertas penyelidikan berkenaan,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perancangan, Muhammad Hamidee berkata, mereka berhasrat mahu menyumbangkan kepakaran yang ada demi pembangunan negara sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan sedia ada selari dengan peredaran teknologi AI.