Indonesia umum penulis artikel terbaik milik pelajar KV Keningau

Iklan
Kejayaan Ilhan Ziqry secara tidak langsung membanggakan seluruh warga KV Keningau.

Pelajar Tahun Dua jurusan Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Ilhan Ziqry Azimie diumum penerima anugerah penulis artikel terbaik dari Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP), Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI) Pacitan, Indonesia menerusi artikel To the Rescue Without a Doubt.

Artikel Ilhan Ziqry yang diterbitkan di majalah digital E-Magz edisi Ogos 2024 keluaran kolej berkenaan, berkisar tentang topik ‘hero’ daripada pelbagai sudut pandangan.

Iklan
Iklan

Menurut pelajar ini, dia teruja dan gembira menerima anugerah berkenaan apatah lagi dirinya begitu meminati penulisan dalam Bahasa Inggeris.

Pengarah KV Keningau, Nordin Akup merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ilhan Ziqry atas kejayaan diraih.

Iklan

Beliau berharap, pencapaian itu mampu membuka minda para pelajar lain di mana pembelajaran akademik seperti penulisan boleh membantu mereka meneroka peluang untuk menghasilkan karya kreatif dalam pelbagai bentuk.

Terdahulu, topik ‘hero’ dalam To the Rescue Without a Doubt menerusi pandangan Ilhan Ziqry adalah mereka yang bertugas untuk melindungi orang awam daripada sebarang malapetaka seperti kemalangan dan ancaman.

Iklan

Selain itu, hero juga memelihara kebajikan dan kesihatan komuniti serta berusaha mengelakkan sebarang kehilangan jiwa daripada berlaku.

Katanya lagi, hero mengkhususkan kepada profesion seperti doktor, polis dan bomba.

Sementara itu, selain Ilhan Ziqry, terdapat enam lagi pelajar KV Keningau turut menghasilkan artikel menarik sekali gus diterbitkan dalam majalah yang sama.