Atlet UUM sedia sahut cabaran SUKIPT 2024

Iklan
Sekitar majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Universiti Utara Malaysia ke SUKIPT 2024.

Seramai 317 atlet Universiti Utara Malaysia (UUM) sedia menggalas cabaran dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi keenam 2024 yang bakal berlangsung 6 hingga 14 September ini.

Kontinjen UUM terdiri daripada 186 atlet lelaki dan 131 atlet wanita bakal memeriahkan 25 acara yang dipertandingkan seperti golf, taekwondo, olahraga, memanah serta kayak.

Iklan
Iklan

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata, beliau mewakili pihak pengurusan UUM merakamkan ucapan syabas kepada kontinjen UUM yang akan bertanding bersama atlet universiti awam di seluruh Malaysia.

"Dengan azam, kegigihan, latihan intensif dilakukan setiap hari, anda akan membuat yang terbaik demi mencapai kejayaan.

Iklan

"Walaupun kita bukan universiti memfokuskan 100 peratus dalam bidang sukan tetapi saya lihat kegigihan atlet kita pada setiap petang berlatih, dengan penuh keyakinan merasakan mereka akan memberikan yang terbaik untuk menyumbang pingat kepada universiti,” katanya.

Ujarnya lagi, usaha gigih akan membuahkan kejayaan cemerlang dalam setiap acara sukan yang diceburi.

Iklan

"Saya harap semua bekerja keras dengan penuh dedikasi dan teruskan perjuangan selagi ada minit-minit pertandingan yang ditetapkan.

"Kita ada dua pilihan sama ada kita sebagai tuan rumah melihat kejayaan orang lain atau kita sebagai tuan rumah diraikan dengan kejayaan, sudah pasti kita inginkan kejayaan,” ucapnya pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Universiti Utara Malaysia ke SUKIPT 2024, baru-baru ini.

Mohd Foad (dua dari kiri) menyempurnakan penyerahan bendera kepada wakil sukan daripada kontinjen UUM pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Universiti Utara Malaysia ke SUKIPT 2024.

Tambahnya, perjuangan atlet di SUKIPT bukan sekadar mewakili diri sendiri tetapi juga mewakili seluruh warga UUM selain menggunakan peluang ini untuk memperluaskan silaturahim dengan peserta lain.

Sehubungan itu, peserta olahraga 400 meter lari berpagar, Nuraina Adriana Norazman berkata, atlet perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam usaha bergelar juara.

"Persediaan setakat ini berjalan dengan lancar dan semua atlet menjalani sesi latihan seperti biasa mengikut jadual serta program yang telah diberikan oleh jurulatih.

"Jadi besarlah harapan saya untuk naik podium mencapai kejayaan demi mengharumkan nama UUM sekali gus memperbaharui rekod masa larian,” ujarnya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

317 atlet Universiti Utara Malaysia (UUM) sedia menggalas cabaran dalam SUKIPT 2024.