Dewan makan MRSM penuh tahi cicak, Pengerusi Mara ambil tindakan tegas tamatkan kontrak

Iklan

Isu keracunan makanan melibatkan pelajar yang tinggal di asrama sememangnya satu perkara serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak demi menjaga kebajikan mereka daripada perkara yang tidak diingini.

Sepatutnya dewan makan yang menjadi tempat makan dan penyediaan makanan pelajar asrama berada dalam keadaan baik dan paling penting adalah bersih daripada segala kekotoran yang boleh mengundang masalah kesihatan.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menerjah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak mendapat komen sokongan daripada pelbagai pihak.

Video berdurasi 3 minit 24 saat itu menceritakan keadaan sebenar Dewan Selera MRSM berkenaan yang kotor dengan tahi cicak dan tidak dibersihkan.

Iklan

Malah, tidak hanya itu menu makanan disediakan juga tidak mengikut jadual penyediaan yang telah ditetapkan sehingga mengundang tindakan untuk menghubungi terus kontraktor dewan selera tersebut.

"Saya lebih utamakan keselamatan, kesihatan pelajar-pelajar saya. Kalau nak untung atas ancaman dan risiko kepada anak-anak, kita masuk mahkamah pun tidak mengapa,” kata Asyraf ketika perbualan bersama kontraktor yang bertanggungjawab ke atas dewan selera MRSM Taiping.

Iklan

Tambah Asyraf, beliau turut akan mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan kontrak dan tindakan mahkamah kepada kontraktor yang bersikap sambil lewa hingga mencetuskan risiko kesihatan kepada anak-anak pelajar.

"Memang akan ‘terminat’. Tiada kompromi bahkan saya sudah arahkan Bahagian Undang-Undang Mara untuk mengambil tindakan perundangan,” katanya lagi.

Menurut paparan video tersebut jelas kelihatan keadaan siling dewan selera yang dipenuhi dengan tahi cicak dan lebih memeranjatkan seekor tikus melintas juga sempat dirakam.

Tujuan menghubungi kontraktor yang bertanggungjawab adalah untuk menceritakan dan meminta penjelasan di atas keadaan di dewan selera namun maklum balas daripadanya telah mengundang tindakan tegas bakal diambil.

Meninjau ke ruangan komen rata-ratanya mengecam tindakan kontraktor yang seakan tidak bertanggungjawab di atas keadaan yang berlaku malah tiada perkataan maaf dilontarkan.

"Jawapan kontraktor yang sangat-sangat kurang ajar, satu perkataan maaf pun tiada. Saya pernah kerja katering dan aktiviti pembersihan memang selalu kena buat,” tulis Muhammad Iqbal Hamzah.

"Tukar sahaja kontraktor ini, teruk sangat dah. Dia duduk di Sarawak tetapi berniaga di Semenanjung. Bab makanan jangan main-main,” tulis Mimi Mohd Zulkarnaini.

"Bila adab bertutur sudah tiada ditambah pula sombong menggunung hilanglah seri waima ilmunya tinggi. Sudah lupa tanggungjawab hanya tahu hendak berdalih,” tulis Mat.

"Kalau masuk tender bukan Mara bagi spek (garis panduan), pembekal letak harga? Pemberian tender dibuat berdasarkan harga yang pembekal buka selepas melalui beberapa proses dan peringkat analisis sebut harga,” tulis Nor Syazwani.