Modul tagalit medium ilmu kepada pelajar

Iklan
Para pelajar bermain papan permainan tagalit dan tikar permainan berasaskan sistem tagal.

Modul tagalit menjadi medium dalam menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan sistem tagal atau bombon kepada pelajar dan masyarakat secara interaktif serta berkesan.

Ia dibangunkan hasil kerja keras sekumpulan penyelidik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Penyelidik, Profesor Madya Dr Jurry Foo, tagal merupakan sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah.

Ia juga adalah kaedah pengurusan biosfera atau ruang hidupan dalam sistem bumi khususnya bagi ekosistem sungai.

Iklan

Katanya lagi, tagalit sebagai modul literasi sistem tagal telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam Borak Sains dan Pameran Kembara Sains Borneo 2024, baru-baru ini.

"Kaedah penyampaiannya dijalankan secara interaktif menggunakan lagu ‘Mari Nyanyi Syok Bah Tagal’ sebagai saluran maklumat kepada peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Jurry berkata, modul yang dihasilkan penyelidik UMS itu telah mendapat pengiktirafan dalam pertandingan inovasi berprestij di Jerman.

"Apa yang saya lihat, pasukan penyelidik tersebut sentiasa komited dalam menghasilkan lebih banyak modul berasaskan tagal.

"Usaha ini sudah tentu untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

"Justeru, saya ucapkan tahniah kepada semua dan semoga terus bersemangat menghasilkan pelbagai lagi inovasi lain,” tuturnya.