Sambut Hari Malaysia menerusi aplikasi Roblox

Iklan
Sinar Harian buat julung kalinya mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox.

Sinar Harian buat julung kalinya mengadakan program Sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox yang menggunakan platform digital bagi menarik penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sebagai sebuah akhbar yang mengangkat suara rakyat, penganjuran program ini adalah di luar kebiasaan kerana acara perhimpunan diadakan secara maya menggunakan aplikasi Roblox iaitu sebuah platform sistem pembangunan permainan dalam talian.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Sinar Harian cuba meneroka konsep digital terkini untuk menarik lebih ramai golongan pelajar berinteraksi secara langsung sepanjang program ini.

Zamri

"Sama seperti program fizikal, sambutan Hari Malaysia Sinar Harian Peringkat Roblox ini mengandungi aktiviti-aktiviti menarik seperti cerita rakyat, deklamasi puisi, nyanyian lagu patriotik dan persembahan fesyen busana Malaysia.

Iklan

"Ini adalah transisi digital Sinar Harian yang sentiasa mendahului perubahan teknologi serba pantas hari ini,” katanya pada Selasa.

Program yang menjalinkan kolaborasi bersama Sinar Bestari itu akan diadakan pada Jumaat, 13 September ini bermula jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian.

Iklan

Pada masa sama, Zamri berkata, Sinar Harian tetap meneruskan program secara fizikal di studio utamanya seperti Wacana Sinar Harian, TownHall Rakyat, Interviu dan Dialog Siswa.

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris berkata, sambutan Hari Malaysia Sinar Harian peringkat Roblox ini akan dihoskan Afiq Mat Zaid atau lebih dikenali Cikgu Zyd berganding dengan wartawan Sinar Harian, Farah Wahidah Ab Aziz.

Ruzy Adila

"Peserta boleh melayari semua platform digital kami untuk mendapatkan pautan bagi menyertai acara ini pada Jumaat nanti.

"Selain itu, peserta juga boleh imbas kod QR yang disediakan bagi mendapat akses untuk menyertai persembahan pada Jumaat ini,” jelas beliau.

Tambahnya, sambutan ini akan berlangsung selama dua jam dengan memilih Putrajaya sebagai lokasi perhimpunan.

Untuk sertai, klik pautan berikut: https://www.roblox.com/games/84387927578067/SinarHarian-Putrajaya-Square

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.