Pembelajaran interaktif demi mencapai pendidikan mampan

Iklan
Penggunaan multimedia interaktif boleh menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas.

Padlet adalah antara platform multimedia serbaguna yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan institusi pendidikan sebagai alat kolaboratif masa nyata untuk pembelajaran interaktif.

Dengan ciri-ciri yang mudah disesuaikan, Padlet membolehkan pengguna menghasilkan papan digital yang menyokong pelbagai kandungan seperti teks, imej, dan video.

Iklan
Iklan

Ia menyasarkan institusi pendidikan di seluruh dunia, menyokong aktiviti kolaboratif serta meningkatkan penglibatan pelajar dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara keistimewaan Padlet adalah:

Iklan

1) Templat dan Susun Atur yang Boleh Disesuaikan

Padlet membolehkan pendidik memilih pelbagai templat dan susun atur yang sesuai dengan keperluan pengajaran, sama ada untuk perbincangan, sesi perkongsian pendapat, atau menilai kerja pelajar. Pilihan fleksibel ini memudahkan pengaturan kandungan dengan menarik.

Iklan

2) Fungsi Undian (Penilaian Rakan Sebaya)

Ciri baru Padlet termasuk fungsi penilaian rakan sebaya yang membolehkan pelajar memberi maklum balas.

Ini menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan peningkatan diri. Fungsi undian juga membolehkan pendidik mendapatkan maklum balas pelajar dengan cepat, menjalankan kuiz, atau mengumpul maklum balas segera, menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

3) Fungsi Interaktif

Padlet sangat sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti perkongsian idea. Pelajar boleh menyumbangkan idea, cadangan, komen dalam masa nyata dengan menambah pos, imej, video, atau dokumen.

Kesemua kemas kini di Padlet berlaku dalam masa nyata, membolehkan pelajar melihat perubahan secara langsung, memudahkan kerjasama yang pantas dan interaksi kumpulan yang dinamik, terutama dalam pembelajaran jarak jauh atau hibrid.

4) Integrasi dengan Alat/Platform Lain

Padlet boleh diintegrasikan dengan platform lain seperti Google Drive dan Dropbox, memudahkan perkongsian kandungan dan mengurangkan masa berpindah antara platform.

5) Keupayaan Akses (Aksesibiliti)

Padlet boleh diakses melalui peranti mudah alih (seperti telefon pintar dan tablet) serta komputer desktop, bagi memastikan pengguna dapat mengakses dan menggunakan alat ini dari mana-mana peranti.

Dengan aplikasi mudah alih dan versi web, pengguna boleh berinteraksi dengan papan dinding Padlet mereka sama ada di bilik darjah, di rumah, atau di mana sahaja, tanpa mengira lokasi, sekali gus memudahkan penyertaan dan kolaborasi fleksibel dalam pelbagai situasi pembelajaran.

Penggunaan Padlet sebagai alat kolaboratif untuk pembelajaran interaktif juga selaras dengan Dasar Pendidikan Digital yang disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dasar ini memberi tumpuan kepada strategi Dasar Pendidikan Digital, termasuk mempunyai pelajar dan pendidik yang mahir digital serta kandungan digital berkualiti tinggi.

Dasar ini juga diselaraskan dengan Rancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), menjadikan Padlet adalah salah satu alat penting dalam usaha memperkukuhkan penggunaan Teknologi Komputer Informasi (ICT) dalam bilik darjah.

Maklumat Penulis

Pensyarah, UNITEN Business School (UBS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Nur Shuhada Ya’acob

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my