Kaedah pengajaran unik mampu julang jenama IPT

Iklan
Mohammad Shatar

Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran untuk menonjolkan jenama institusi masing-masing terutama dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata, antara kaedah yang boleh diketengahkan termasuk Pembelajaran Berasaskan masalah (Problem Based Learning, PBL); student-centered learning (SCL); peer learning dan 3L (Learn by Seeing, Learn by Doing & Learn by Listening).

Iklan
Iklan

Semua kaedah itu, katanya, menjadi tarikan kepada pelajar untuk datang belajar di Malaysia dan ia sejajar dengan landasan pertama dalam lima fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 yang dibentangkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir iaitu penyediaan bakat terbaik.

"Kaedah 'spoon feeding' atau memberi maklumat dengan cara mudah sudah tidak relevan lagi dalam pendidikan tinggi hari ini, justeru kita perlu mencari kaedah yang unik dan tersendiri dalam PdP seterusnya melakukannya secara berterusan.

Iklan

"Semua kaedah itu hanya cadangan atau panduan dan ada yang sudah pun dilaksanakan di sesetengah IPT.

"Pastinya IPT mempunyai banyak pendekatan kreatif dalam menjalankan PdP di institusi masing-masing dan inisiatif ini akan membantu menjayakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global," katanya.

Iklan

Mohammad Shatar berkata, Dr Zambry sentiasa berkongsi aspirasi kepada semua warga KPT sama-sama berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat itu, negara ini perlu mempunyai kaedah tertentu yang menjadi daya penarik kepada penuntut asing untuk datang ke Malaysia.

"Aspek kualiti pendidikan tinggi negara memang sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi, namun kita perlu mencari formula menjangkau elemen itu bagi menguatkan lagi mengapa mereka (pelajar antarabangsa) perlu datang ke untuk Malaysia menyambung pengajian.

"Jadi, kaedah PdP ialah satu daripada formula yang mampu menarik pelajar kerana selain unik, kaedah pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan pastinya memberikan pemahaman lebih mantap, seterusnya meningkatkan kualiti serta prestasi golongan itu," katanya.