Pelajar Tingkatan Enam diraikan dalam majlis graduasi

Iklan
Pelajar Tingkatan Enam yang diraikan dalam majlis graduasi di hotel terkemuka Miri, Sarawak.

Majlis graduasi Tingkatan Enam menjadi platform untuk memberi penghormatan kepada pelajar atas kejayaan mereka.

Ia juga sebagai meraikan pencapaian akademik dan usaha gigih pelajar sepanjang tahun persekolahan yang penuh cabaran.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, Bekenu, Sarawak tidak terkecuali menganjurkan majlis graduasi sebagai pengiktirafan kepada pelajar mereka.

Dalam masa sama, pihak sekolah turut menyampaikan beberapa anugerah khas kepada yang cemerlang dalam peperiksaan.

Iklan

Menurut kenyataan media yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, seramai 67 pelajar Tingkatan Enam sesi 2023 telah diraikan dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka Miri, Sarawak.

Johansson Laga anak Jerry, Michelle Begi anak John Asin dan Anthony Keti Chow antara pelajar yang menerima anugerah khas dalam majlis itu.

Iklan

Masing-masing diumum Pelajar Terbaik Elektif Pengajian Perniagaan dan Pelajar Terbaik Akademik Pra Universiti (Johansson); Pelajar Terbaik Elektif Geografi (Michelle Begi) serta Pelajar Terbaik Akademik Pra Universiti dan Tokoh Pelajar Anugerah Khas Pengetua (Anthony).

Anthony (dua dari kanan) menerima anugerah khas dalam majlis anjuran Pusat Tingkatan Enam SMK Suai.

Dalam majlis berkenaan, 10 guru Tingkatan Enam turut diberi penghargaan atas kejayaan peningkatan akademik bagi setiap mata pelajaran.

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Terdahulu, Pusat Tingkatan Enam SMK Suai, Bekenu antara sekolah luar bandar yang berjaya menonjolkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar menerusi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang lalu.

Dalam keputusan itu, sekolah tersebut menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dan muncul sekolah luar bandar terbaik di Pejabat Pendidikan Daerah Subis di mana seorang pelajarnya, Johansson mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dan 25 lagi memperoleh PNGK 3.00 ke atas.