Politeknik Malaysia juara sulung PUBG Mobile SUKIPT

Iklan

Politeknik Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara e-sukan PUBG Mobile yang pertama kali diperkenalkan pada temasya Sukan Universiti Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) 2024.

Gandingan pelajar Politeknik yang terdiri daripada Aiman Hakimi Khairul Nizam, Aiman Hakeem Khairul Nizam, Muhammad Zalmi Hakim Azhar, Amirul Aiman Mazalan dan Muhammad Amirul Syafiq Azizi yang berjaya mengumpul 79 mata keseluruhan.

Iklan
Iklan

Pingat perak menjadi milik German-Malaysian Institue (GMI) dengan 57 mata manakala pingat gangsa milik tuan rumah UUM dengan 53 mata.

Pengurus pasukan e-sukan Politeknik Malaysia, Amirul Zaharin Yusoff berkata, pesiapan rapi yang dilakukan sebelum ini berjaya membantu kontinjen tersebut dalam tambahan kutipan pingat emas pada edisi SUKIPT kali ini.

Iklan

Menurutnya, pada awalnya mereka menyasarkan kutipan pingat gangsa namun dengan kesungguhan dan pengalaman pemain berjaya menokhtahkan dengan kemenangan.

"Ini kali pertama pasukan kami menyertai acara e-sukan PUBG Mobile dan saya bersama pasukan bersyukur akhirnya kami dapat merangkul emas untuk acara yang pertama kali diperkenalkan pada SUKIPT 2024.

Iklan

"Kemenangan ini didorong dengan latihan berterusan dan taktikal yang kami telah aturkan dan dengan penglibatan atlet dalam Politeknik sebelum ini ada terlibat dengan kejohanan di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang mewakili pasukan masing-masing," katanya yang ditemui pada petang Rabu.

Jelas beliau, semua pemainnya terdri daripada dua atlet pasukan Sukma Kedah, dua atlet pasukan Sukma Pahang dan seorang atlet Sukma Perak.

Menurutnya, kemenangan tersebut juga bukan mudah dan ianya juga satu hasil yang tidak dijangka.

"Namun atas kelebihan pengalaman yang dimilki setiap pemain kami, saya rasa ini merupakan faktor kami dapat mencapai kejayaan," ujarnya.