Pelajar tahfiz ke kejohanan robotik

Iklan

Bersaing di Kejohanan Robotik Dunia MakeX di Shenzen, China

Mempunyai pendidikan aliran agama Islam mahupun hafazan al-Quran tidak menghalang sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah digelar juara robotik.

Pasukan KIHS Robotic membabitkan enam pelajar itu bakal mewakili Malaysia ke Kejohanan Robotik Dunia MakeX di Shenzen, China pada 5 hingga 8 Disember depan.

Iklan
Iklan

Ketua mentor KIHS Robotic, Dr Ismail Salleh berkata, pertandingan yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) baru-baru ini, menjadi platform bagi pelajar tahfiz SMK Agama Kedah untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, sepanjang menyertai pertandingan di KLCC itu, KIHS Robotic berjaya menggabungkan ilmu tahfiz dan teknologi dalam dunia robotik.

Iklan

"Pendidikan al-Quran dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dapat berjalan seiring dalam melahirkan generasi holistik.

"Minat terhadap STEM dan al-Quran menimbulkan inspirasi untuk mencapai kejayaan ini.

Iklan

"Ini bukti pelajar tahfiz juga boleh bersaing di peringkat dunia dalam bidang teknologi,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Muhammad Asif Alwan Mohamad Shahuri berkata, cabaran terbesar dihadapi pasukannya adalah perlu mereka bentuk robot yang mampu berfungsi secara optimum sekali gus mendapatkan markah tertinggi.

"Walaupun terdapat pelbagai halangan, kerjasama dan semangat juang dalam pasukan menjadi pendorong kejayaan.

"Pengalaman ini sangat berharga kepada kami sebagai pelajar tahfiz,” kata Muhammad Asif.

KIHS Robotic terdiri daripada Muhammad Ziyad Zunnur Saiful Azhar sebagai juruterbang robot; ketua juruterbang, Muhammad Aniq Arfan Mohd Hafidz; ketua teknikal, Muhammad Adam Afiq Zuraidi manakala Iqrami Amzar Mohamad Norazlan serta Ibrahim Adham Asman merangkap penolong pasukan.