Hidupkan ESG melalui pembelajaran digital

Iklan
Aktiviti ESG Scavenger Hunt.

Kesedaran mengenai Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) adalah kunci dalam membentuk generasi muda yang peka terhadap cabaran global.

ESG bukan sekadar teori abstrak, ia merupakan pendekatan praktikal untuk mencapai keseimbangan antara keuntungan ekonomi, kelestarian alam sekitar, dan kesejahteraan sosial.

Iklan
Iklan

Oleh itu, pendidikan awal mengenai ESG adalah penting untuk membantu generasi muda memahami dan mengamalkan konsep ini dalam kehidupan mereka.

Dalam era pendidikan abad ke-21, teknologi digital memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pembelajaran.

Iklan

Penggunaan platform seperti Padlet dalam Modul ESG Scavenger Hunt memperkenalkan pelajar kepada ESG melalui kaedah yang inovatif dan interaktif.

Modul ini mengubah pembelajaran tradisional kepada pengalaman dinamik yang melangkaui batasan bilik darjah, memudahkan pelajar memahami impak ESG dalam konteks dunia sebenar, khususnya dalam sektor perniagaan.

Iklan

Modul ESG Scavenger Hunt bertujuan meningkatkan keterlibatan pelajar dengan memanfaatkan Padlet untuk memupuk kerjasama dan memperkukuh pemahaman mengenai ESG.

Penggunaan Padlet bukan sahaja memudahkan pelajar, malah turut mempermudah proses pengajaran bagi pensyarah.

Melalui platform ini, pelajar boleh memuat naik bahan kreatif seperti gambar dan video berkaitan ESG, mengenal pasti amalan ESG dalam perniagaan dan persekitaran mereka.

Dari sudut pensyarah pula, penggunaan Padlet membolehkan mereka memantau aktiviti dan maklumat yang diberikan oleh pelajar, memberikan maklum balas secara segera, serta menyusun aktiviti secara sistematik berdasarkan tiga elemen utama ESG.

Padlet ini juga boleh digabungkan dengan aktiviti lain seperti permainan Word Safari, silang kata, dan Kahoot, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik.

Testimoni pelajar ijazah perakaunan tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menunjukkan pendekatan ini meningkatkan pemahaman mereka mengenai ESG di samping memberi kemahiran tambahan, seperti kreativiti dan semangat kerjasama.

Pendekatan ini bukan sahaja menghidupkan pembelajaran digital, malah menjadikan topik ESG lebih mudah difahami dan menarik minat pelajar.

Ini adalah penting untuk melahirkan individu yang peka terhadap isu kelestarian dan menyediakan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan yang bertanggungjawab.

Selain itu, maklum balas daripada pensyarah juga menunjukkan penggunaan Padlet memudahkan penilaian dan penyusunan aktiviti, menjadikan proses pengajaran lebih cekap dan berkesan.

Bagi merealisasikan visi karbon sifar bersih menjelang 2050, prinsip ESG perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan di Malaysia.

Inisiatif seperti Modul ESG Scavenger Hunt memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat negara ke arah masa depan yang lebih lestari dan bertanggungjawab, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Maklumat penulis

Pensyarah Kanan, Uniten Business School,Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Nurul Nadiah Ahmad

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my