Pengenalan AI di peringkat sekolah pacu pembelajaran generasi baharu

Iklan
ChatGPT

Guru-guru sekolah di seluruh negara telah mula berminat untuk memperkenalkan dan memasukkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada rancangan pengajaran untuk membekalkan murid dengan kemahiran masa depan.

Hal ini sejajar dengan pengumuman dari Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini mengenai pembelajaran kecerdasan buatan (AI) akan dilaksanakan seawal peringkat sekolah rendah menjelang jendela persekolahan 2027.

Iklan
Iklan

AI merujuk kepada teknologi yang membolehkan komputer atau mesin meniru kecerdasan manusia dalam melaksanakan tugas tertentu.

Ia boleh diajar untuk mempelajari corak, membuat keputusan, dan menjalankan tugas tanpa campur tangan manusia secara langsung, melalui proses yang dikenali sebagai pembelajaran mesin (machine learning).

Iklan

Ini termasuk aplikasi dalam bidang pemprosesan bahasa, pengenalan imej, dan membantu dalam membuat keputusan.

Pengenalan AI kepada Murid Sekolah Menengah

Iklan

Murid sekolah menengah merupakan golongan yang berada pada fasa perkembangan kognitif dan kemahiran kritikal yang tinggi.

Pada peringkat ini, mereka sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pendidikan tinggi atau masuk ke alam pekerjaan.

Pendedahan kepada AI pada tahap ini memberi kelebihan kepada mereka untuk memahami teknologi terkini yang bakal mempengaruhi pelbagai industri pada masa hadapan.

Selain itu, generasi ini adalah golongan yang paling terdedah kepada teknologi digital.

Mendedahkan mereka kepada AI pada peringkat sekolah menengah bukan sahaja membantu mereka menjadi pengguna teknologi yang bijak, tetapi juga membentuk asas yang kukuh dalam pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dan membolehkan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan tinggi serta kerjaya masa depan.

Justeru, pendedahan AI kepada murid sekolah menengah haruslah dibantu oleh para guru supaya murid-murid dapat menggunakan AI dengan terapan nilai etika.

Terdapat pelbagai jenis aplikasi AI yang diperkenalkan antaranya:

ChatGPT

Sistem AI yang boleh berinteraksi secara berkesan melalui teks, membantu murid dalam mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan, menulis esei, atau memahami konsep yang kompleks.

Canva AI

Alat reka bentuk yang memanfaatkan AI untuk membantu murid dalam menghasilkan bahan visual seperti poster, pembentangan, dan grafik dengan mudah.

Gemini AI

Satu lagi platform yang disediakan oleh Google yang menggunakan AI untuk membantu murid dalam analisis data, pengurusan maklumat, dan pembelajaran interaktif.

Gamma App

Aplikasi AI yang memberi tumpuan kepada pembuatan pembentangan yang profesional dan menarik, sesuai untuk tugasan projek serta kajian murid.

Penerapan AI dalam pembelajaran memberi impak besar kepada murid-murid:

1) Pemudahcaraan Pembelajaran

AI boleh mempercepat proses pembelajaran dengan menyediakan maklumat yang diperlukan dengan segera, memberi penjelasan kepada konsep yang sukar difahami dan menawarkan cadangan untuk memperbaiki kerja murid.

2) Peningkatan Kemahiran Digital

Melalui penggunaan AI, murid dapat meningkatkan kemahiran teknologi mereka dan memahami bagaimana AI berfungsi, yang penting dalam era digital kini.

Selain itu, melalui bantuan jawapan yang diberikan oleh AI seperti ChatGPT dan Gemini, murid juga dapat mengasah kemahiran berfikir serta menganalisa jawapan dengan dibantu oleh guru.

3) Pembelajaran Secara Interaktif

AI menawarkan pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan, yang boleh meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran.

AI Membantu dalam Pembelajaran Kendiri Murid

AI membolehkan murid belajar pada kadar mereka sendiri, memberi mereka maklum balas yang segera, dan menawarkan sumber tambahan jika diperlukan.

Melalui platform seperti ChatGPT dan Gemini AI, murid dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran secara langsung mengikut keperluan mereka, menjadikan proses pembelajaran lebih fleksibel serta sesuai dengan keperluan individu.

Sebagai contoh, murid yang menghadapi kesukaran dalam subjek tertentu boleh menggunakan AI untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam, manakala murid yang mahir boleh menggunakan AI untuk meneroka topik yang lebih kompleks.

Dengan AI, pembelajaran tidak lagi terhad kepada bilik darjah tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Pengenalan AI di sekolah menengah merupakan langkah yang proaktif dalam memastikan generasi muda bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi masa depan.

Dengan kemahiran dan kefahaman yang mendalam mengenai AI, murid tidak hanya akan menjadi pengguna teknologi yang bijak dan beretika, tetapi juga pencipta teknologi baharu yang berpotensi membawa perubahan besar kepada dunia.

Maklumat Penulis

Pensyarah Perakaunan, UNITEN Business School, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Wan Farhah Shafiy Wan Kamalluarifin

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my