MSU rai pelajar cemerlang

Iklan
Dr Mohd Shukri bersama tetamu yang hadir meraikan pelajar cemerlang MSU pada satu majlis yang diadakan, baru-baru ini.

370 pelajar terima Anugerah Presiden sempena pencapaian terbaik PNGS

Management and Science University (MSU) meraikan kejayaan pelajar cemerlang dengan memperoleh purata gred semester (PNGS) lebih 3.75 ke atas untuk tiga semester berturut-turut dalam satu majlis yang diadakan, baru-baru ini.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan pelajar itu terdiri daripada mereka yang mengikuti program pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda daripada 81 bidang pengkhususan.

Iklan
Iklan

"Pada majlis ini, seramai 370 pelajar telah menerima Anugerah Presiden melibatkan seramai 302 pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan 68 pelajar peringkat diploma.

"Secara keseluruhannya, penerima Anugerah Presiden melibat 82 pelajar International Medical School (IMS) yang merupakan kumpulan pelajar terbesar diikuti School of Hospitality and Creative Arts (64) dan Faculty of Information Sciences and Engineering (60).

Iklan

"Turut menerima anugerah itu ialah penerima dari Faculty of Health and Life Sciences (54), Faculty of Business Management and Professional Studies (53), School of Education and Social Sciences (33) serta School of Pharmacy (24),” menurut kenyataan itu.

Majlis disempurnakan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Iklan

Hadir sama ialah Naib Canselor, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid, para dekan, barisan pengurusan kanan MSU serta pelajar.

Sementara itu, seramai 37 pelajar antarabangsa dari 16 negara iaitu Bangladesh, Britain, Brunei, Mesir, India, Indonesia, Kazakh, Maldives, Myanmar, Pakistan, Arab Saudi, Sri Lanka, Sudan, Syria, Tanzania dan Yemen turut diraikan sebagai penerima Anugerah Presiden.

"MSU komited dalam menyemai budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajarnya yang merupakan aspek terpenting dalam melahirkan graduan yang kompeten, serba boleh dan holistik,” kata kenyataan itu.

Dalam usahanya menjana graduan yang cemerlang, MSU memberi penekanan kepada pembangunan aspek pemerkasaan kemahiran insaniah pelajarnya melalui modul Personal Enrichment Competencies (PEC) dan program Graduates Employability Skills (GEmS).

Pendekatan ini menyaksikan kadar kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 99 peratus, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan Index Graduate On Time (iGOT) berada pada tahap 97 peratus.