430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry

Iklan
Zambry

Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua peminjam berkenaan dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun diketahui kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah pinjaman yang tidak dibayar semula itu sentiasa meningkat saban tahun dan ia sememangnya memberi kesan langsung kepada kedudukan kewangan PTPTN.

Terdahulu, Zambry menyempurnakan penyerahan WPP berjumlah RM322,500 kepada 215 pelajar yang layak dalam Parlimen Lumut dan Beruas, Perak.

Iklan

Hadir sama Pengerusi i PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

"Saya telah dimaklumkan oleh pihak PTPTN berkaitan perkara ini, namun perincian berkaitan penguatkuasaan itu dalam proses untuk dimuktamadkan. Cuma pada ketika ini, kita masih berhemah dan tidak akan tutup pintu rundingan jika ada yang ingin melunaskannya (hutang)," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata, seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaat melalui WPP dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Ogos 2024.

Menurutnya, inisiatif yang diwujudkan melalui WPP itu secara dasarnya bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik dan kolej komuniti.

"PTPTN mengharapkan WPP ini digunakan sebaiknya oleh para pelajar untuk melunaskan bayaran yuran, barangan keperluan semasa di universiti serta perkara lain yang difikirkan sesuai," katanya. - Bernama