Mahasiswa jangan berdiam, maklumkan kepada universiti jika terjejas banjir!

Iklan
Arahan ini turut membabitkan mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian. Gambar kecil: Zambry.

Mahasiswa yang terjejas akibat banjir perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan universiti masing-masing sebelum kembali ke pusat pengajian mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia termasuk mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian mereka bagi membolehkan pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Mereka perlu maklumkan kepada pihak universiti supaya bantuan dapat diberikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Cidos Inspiring Learning Awards ke-12 (eDOLA) di Putrajaya malam tadi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita sama ada mahasiswa di negeri terjejas banjir akan diberikan kelonggaran untuk mendaftar di kampus mengikut tarikh ketetapan universiti masing-masing.

Iklan

Zambry turut memaklumkan setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing hingga 29 September ini.

"... jadi kita bagi kelonggaran sedikit kepada mereka. Yang lain kekal pada tarikh ditetapkan oleh universiti untuk mereka mendaftar," kata Zambry.

Iklan

Program eDOLA yang berlangsung dua hari bermula semalam merupakan antara usaha membawa teknologi pendidikan berasaskan kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar dan pensyarah di politeknik serta kolej komuniti.

Pada majlis itu, Zambry turut melancarkan 'POLYCC Artificial Intelligence Reform Agenda' yang memberi penekanan kepada pemantapan pendigitalan pendidikan dan selari dengan ledakan teknologi baharu yang akan digunakan di kolej komuniti serta politeknik. - Bernama