Program MBA UUM tersenarai 200 terbaik dunia, nombor 23 di Asia

Iklan
UUM kekal tersenarai dalam kelompok 151-200 universiti terbaik di dunia berdasarkan QS Global Master of Business Administration (MBA) Rankings 2025.

Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencatatkan kejayaan besar apabila kekal tersenarai dalam kelompok 151-200 universiti terbaik di dunia berdasarkan QS Global Master of Business Administration (MBA) Rankings 2025.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kedudukan itu sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti terbaik di Malaysia malah turut melonjak ke tangga ke-23 dari 28 di peringkat Asia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian itu berjaya mengekalkan reputasi UUM sebagai pusat pendidikan pengurusan terkemuka di rantau ini.

"Tahniah dan terima kasih kepada semua staf UUM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya OYAGSB.

Iklan

"Saya berharap ini bukan pencapaian yang membuat kita boleh duduk selesa, sebaliknya teruskan berusaha mengekalkan dan tingkatkan lagi kedudukan UUM di persada antarabangsa,” katanya.

Mohd Foad

QS Global MBA Rankings 2025 adalah melibatkan 340 program MBA di seluruh dunia yang menilai prestasi institusi berdasarkan lima indikator utama iaitu Diversity, Alumni Outcomes, Return On Investment (ROI), Thought Leadership dan Employability.

Iklan

Kedudukan UUM dalam QS Global MBA Rangkings 2025 telah meningkat secara konsisten sejak empat tahun kebelakangan ini.

Pada 2022 dan 2023, Program MBA OYAGSB berada dalam lingkungan 201-250, namun melonjak ke 151-200 pada 2024 dan kekal dalam kelompok yang sama untuk penarafan tahun 2025.

Lonjakan yang dicapai adalah hasil usaha berterusan untuk memastikan pelajar yang dihasilkan dapat memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan global serta menjadi pemimpin yang dihormati dalam pelbagai industri.

Kedudukan UUM dalam QS Global MBA Rangkings 2025 telah meningkat secara konsisten sejak empat tahun kebelakangan ini.