Tiada pelajar berdaftar di Lubnan - KPT

Iklan
Zambry bercakap pada program 'In Person With Doc Zam: Tips & Tricks For Freshies' sempena Minggu Apresiasi WATAN (MAW) Sesi 2024/2025 di UKM.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia yang direkodkan sedang melanjutkan pelajaran di Lubnan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia berdasarkan semakan yang dibuat dengan pejabat Education Malaysia (EM) di Timur Tengah.

Iklan
Iklan

Zambry berkata, KPT sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk memantau sekiranya terdapat pelajar Malaysia di Lubnan.

"Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut di sini bahawa langkah-langkah akan terus dibuat oleh Kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra untuk memastikan rakyat Malaysia, sama ada mereka belajar secara tidak rasmi melalui madrasah atau sistem persekolahan di sana.

Iklan

"Ataupun rakyat Malaysia yang berada di sana, saya percaya pihak Wisma Putra mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan rakyat kita," katanya.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu lepas menasihatkan rakyat Malaysia di Lubnan membuat persiapan segera untuk meninggalkan negara itu secara sukarela berikutan keadaan yang semakin meruncing.

Iklan

Kenyataan itu juga memaklumkan warganegara Malaysia diminta menangguhkan semua perjalanan ke Lubnan sehingga keadaan di negara itu kembali stabil. - Bernama