MSU lahirkan tenaga mahir bidang teknologi farmaseutikal

Iklan
Pelajar MSU didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi.

Salah satu bidang kerjaya yang mendapat permintaan tinggi majikan sektor kerajaan atau swasta ialah sebagai tenaga mahir dalam bidang teknologi farmaseutikal.

Sumbangan kerjaya itu penting dalam usaha memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kosmetik yang lebih baik serta melengkapi perkembangan pesat industri pembuatan.

Iklan
Iklan

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu memfokuskan kepada penghasilan perubatan tradisional dan moden merangkumi produk farmaseutikal dan nutraseutikal serta menitikberatkan elemen Amalan Pengilangan Baik (GMP).

"Pelajar juga didedahkan dengan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi, teknologi dalam pembuatan perubatan serta keusahawanan dengan menyeluruh.

Iklan

"Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar bermula proses pembangunan produk, pembungkusan, kawalan kualiti, pengilangan dan pengurusan makmal, pengurusan pengedaran stok produk serta rekabentuk proses kerja,” jelas kenyataan itu.

"Jaringan kerjasama MSU dengan rakan universiti di seluruh dunia merupakan opsyen terbaik kepada pelajar untuk mendapat pendedahan global yang seterusnya memperkasakan pengalaman pembelajaran mereka,” katanya.

Iklan

Kerjasama pintar MSU dengan lebih 2,000 rakan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP) memberikan jaminan kerjaya kepada pelajar sebaik menamatkan pengajian mereka.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 99 peratus dan tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Selain program Teknologi Farmaseutikal, School of Pharmacy turut menawarkan program ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pengkhususan seperti Farmasi dan Perubatan Tradisional Cina.