UMS, UiTM Sabah diarah kenal pasti pelajar kurang mampu

Iklan
KPT komited memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang tempoh pengajian dan sedia membantu kerana prinsip 'tiada pelajar yang harus terpinggir'. Gambar kecil: Mustapha.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah diminta mengenal pasti pelajar kurang berkemampuan di institusi pendidikan itu untuk diberikan bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang tempoh pengajian dan sedia membantu kerana prinsip 'tiada pelajar yang harus terpinggir'.

Iklan
Iklan

"Saya telah menerima banyak mesej mengenai cabaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada pelajar baharu atau yang sedang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara dan saya mengambil maklum perkara ini.

"Salah satu kes yang benar-benar menyentuh hati saya ialah kisah adik Rafida Zaiddin dari Sandakan yang mendaftar di UMS Kota Kinabalu dengan membawa karung guni sebagai bagasi.

Iklan

"Hal ini menunjukkan kecekalan dan kuatnya semangat adik Rafida untuk menyambung pengajian walaupun dalam keadaan serba kekurangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mustapha turut mengingatkan pelajar yang bakal mendaftar di IPTA atau institut pengajian tinggi swasta (IPTS) agar tidak segan atau ragu untuk menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing jika memerlukan sebarang bantuan.

Iklan

"Pelbagai bantuan telah disediakan kementerian mengikut keperluan pelajar. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengenal pasti dan memohon, pasti ada penyelesaiannya.

"Teruskan semangat menuntut ilmu kerana setiap usaha dan pergorbanan itu akan membuahkan hasil," katanya. - Bernama