Pemergian Amil Affan ditangisi ramai

Iklan
Difahamkan, Amil Affan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Kredit foto: Facebook Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

"Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Semoga roh anakanda Amil Affan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Salam takziah juga kepada keluarganya. Tahun lepas saya mengajar dia dan memang sudah tahu dia sakit. Banyak kenangan manis bersama arwah dan kelasnya," demikian tulis Salahah Ahmad di Facebook Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Klang, Selangor.

Perasaan sedih itu dikongsi beliau susulan pemergian pelajar Tingkatan Dua sekolah itu, Firdaus, Amil Affan Armiaffezee pada Ahad.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Amil Affan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Memetik perkongsian sekolah tersebut di Facebook, mereka memaklumkan, jenazah disolatkan di Masjid Kampung Pendamar, 8 pagi, Isnin.

Iklan

"Semoga roh almarhum dikurniakan rahmat dan keampunan ALLAH SWT dan dikumpulkan bersama para syuhadah dan solihin. Aamiin Allahumma Aamiin,” catat admin sekolah.

Sementara itu, perginya Amil Affan dalam usia 14 tahun, membuatkan ramai warga maya menangis.

Iklan

Masing-masing menitipkan doa dan kata-kata semangat buat keluarga allahyarham menerusi ruangan komen dalam Facebook sekolah.

Fatimah Timah: Innalilahi wa inna Ilaihi Raji’un. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'afihi Wa'fu'anhu. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham.

Ab Rashid: Semoga keluarga arwah kekal tabah dengan ujian dan dugaan ini.

Hasan: Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta menjadi ahli syurga.

Musa Karim: Perginya dalam usia yang cukup muda. Sebaknya!

Kami di Sinar Bestari turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara arwah Amil Affan.

Moga diluaskan dan diterangkan kuburnya, diampunkan dosa dan diangkat darjatnya.