'Dia pendiam tapi bila kita bagi tugasan, pasti akan disiapkan' - Luahan guru Muhammad Rosman undang sebak!

Iklan
Jenazah dua beranak yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Aisyah, Kampung Tanjung.

Perginya Muhammad Rosman Rohadi bersama ibu tercinta dalam tragedi dihanyutkan air deras akibat banjir kilat di Kampung Tanjung Kanan, Jalan Padang Sanai, Padang Terap, Kedah mengundang sebak masyarakat terutamanya warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap.

Ini kerana, Muhamad Rosman merupakan pelajar Tingkatan Dua Ikhlas kategori orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dan sedang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Pelbagai ucapan takziah dan kata-kata semangat diberikan kepada keluarga Muhamad Rosman.

Antara yang sempat dipetik:

Iklan

"Muhamad Rosman seorang anak istimewa yang sangat baik. Kamu bukan sahaja bersama mak sepanjang masa tetapi rupa-rupanya kamu tetap ingin berada di samping ibu sampai syurga. Tenanglah wahai anak syurga. ALLAH lebih sayangkan kamu,” kata warga maya.

Sementara itu, Guru Pendidikan Khas, SMK Padang Terap, Nor Hidayah Shaari berkata, Muhamad Rosman merupakan pelajar tahun akhir di sekolahnya.

Iklan

"Saya sudah enam tahun mengajar arwah.

"Dia pelajar yang baik dan sangat bertanggungjawab di sekolah.

"Dalam masa sama, dia (Muhammad Rosman) juga pendiam orangnya. Akan tetapi, jika kita bagi tugasan apa pun, dia akan buat,” katanya sebak dengan menambah, dia berhasrat membantu pelajarnya itu menduduki Sijil kemahiran Malaysia (SKM), selain mencari pekerjaan buatnya kelak, namun semuanya tidak kesampaian.

Terdahulu, mayat Muhammad Rosman yang terlibat dalam banjir kilat di Kampung Tanjung Kanan dijumpai pasukan penyelamat dalam keadaan tersangkut pada sisa pelepah kelapa sawit kira-kira pukul 5.35 petang Sabtu.

Manakala ibunya ditemui jam 7.45 pagi, kira-kira 50 meter dari penemuan mayat anaknya pada Ahad.