Isu 'prank': Tiada keperluan henti pelaksanaan minggu orientasi - Zambry

Iklan
Zambry

Tiada keperluan untuk menghentikan pelaksanaan minggu orientasi pelajar baharu di institusi pendidikan tinggi (IPT) namun kandungan program itu perlulah menepati objektif asal, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu masih relevan ketika ini kerana ia bertujuan mendedahkan mahasiswa kepada dunia baharu iaitu kehidupan di kampus dan berjauhan daripada keluarga.

Iklan
Iklan

"Minggu orientasi ini seharusnya jadi program untuk menyesuaikan diri (bagi) pelajar baharu yang datang ke universiti, kolej dan sebagainya bagi tempoh yang panjang, mungkin empat tahun ada juga tiga tahun.

"Mungkin ada masalah di satu tempat tapi janganlah kerana yang satu itu kita terus mengatakan seolah-olah minggu orientasi ini sudah tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2024 di Putrajaya pada Khamis.

Iklan

Zambry berkata demikian bagi mengulas video tular baru-baru ini yang memaparkan adegan seolah-seolah beberapa fasilitator sedang bertengkar namun ia hanya sekadar gurauan (prank).

Susulan itu, beliau mahu pihak IPT terlibat memperbetulkan keadaan dan memastikan perkara sama tidak berulang kerana ia akan mencemarkan imej serta nama baik IPT itu sendiri. - Bernama

Iklan