Pemuda teruja dapat masuk UMK, ‘Tapi saya terpaksa tangguh pengajian kerana pergerakan terhad dan belum pulih sepenuhnya’

Iklan
Wan Muhammad Khairi Akif (kiri) memakai kad pelajar selepas mendaftar di UMK Selasa lalu manakala (gambar kanan) keadaannya ketika koma dan dirawat di HUSM.

KOTA BHARU - Tiada yang lebih menggembirakan mangsa kemalangan motosikal, Wan Muhammad Khairi Akif Muhammad Nor Hisham, 20, apabila dapat memakai kad pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ketika berdaftar sebagai mahasiswa di universiti itu Selasa lalu.

Bagaimanapun, Wan Muhammad Khairi Akif terpaksa menangguhkan sesi pengajiannya pada April tahun depan berikutan pergerakan yang terhad dan belum pulih sepenuhnya akibat kemalangan 2 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Anak kelima daripada tujuh beradik itu berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu mengisi borang permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

"Terima kasih kawan...kerana mereka juga saya dapat menyambung pelajaran selepas mengalami keadaan teruk ini," katanya.

Iklan

"Saya juga masih dalam rawatan dan belum boleh berjalan kerana kecederaan parah yang dialami ketika kemalangan," katanya.

Wan Muhammad Khairi Akif juga teruja dan bersemangat untuk segera sembuh kerana tidak sabar bersama rakan-rakan lain memasuki dewan kuliah di UMK Kampus Pengkalan Chepa di sini.

Iklan

Berkongsi kisahnya terlibat dalam kemalangan berkenaan, Wan Muhammad Khairi Akif memberitahu, kejadian berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari rumah ketika keluar membeli barang pada jam 6 petang.

Wan Muhammad Khairi Akif memberitahu, kemalangan turut mengakibatkan bahagian atas bahu kiri dan betis kanannya cedera teruk manakala keadaan ingatannya juga merosot.

Tambah beliau, dalam tempoh rawatan dia terpaksa menghadapi beberapa prosedur termasuk pembedahan membuang darah beku di kepala selain leher ditebuk bagi membantu pernafasan.

"Selepas 21 hari dirawat, saya dibenarkan pulang namun memerlukan penjagaan rapi kerana masih terlantar dan menggunakan mesin penyedut kahak.

"Ibu bapa dan adik-beradik banyak membantu menguruskan keperluan harian sehingga keadaan saya boleh berdiri seperti hari ini," katanya.

Wan Muhammad Khairi Akif juga akan memulakan sesi fisioterapi pada 20 Oktober ini selain janji temu bersama pakar mata dan saraf.