Skateboard memompa adrenalin Hidayah

Iklan

Meskipun terdapat pelbagai jenis aktiviti di negara ini, namun sukan ekstrem seperti papan selaju atau skateboard menjadi tumpuan terutamanya golongan muda pada masa kini.

Ini kerana arena sukan papan selaju memiliki banyak keistimewaan, malah ia juga mempunyai gaya dan identiti tersendiri.

Iklan
Iklan

Biarpun mencabar dan lasak, namun keseronokan bermain sukan ekstrem ini tidak dapat dinafikan, bahkan ia dapat merapatkan ukhuwah tanpa mengira perbezaan jantina mahupun umur.

Sisipan kali ini, Sinar Bestari bawakan kehebatan adik Nurhidayah Mohd Syafiq Affandy, 11, yang cukup aktif dalam arena sukan papan selaju sehingga berjaya mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa.

Iklan

Semoga perkongsian ini menjadi daya pendorong buat mereka yang mempunyai minat sama.

Jom kita!

Iklan