Anak muda GiatMara Kuala Telemong buka bengkel motosikal! ‘Ya, dialah ‘budak kerbau’ yang tular satu masa dahulu’

Iklan
Muhammad Syukur si budak kerbau kini berjaya sebagai mekanik usai menamatkan pengajian di GiatMara Kuala Telemong.

Institusi latihan kemahiran, GiatMara telah membuktikan keupayaannya melahirkan pelatih cemerlang, sekali gus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang kemahiran dan kerjaya.

Sehingga kini, ramai graduan GiatMara telah berjaya dengan pekerjaan masing-masing antaranya menjadi mekanik, juruteknik automotif, juruelektrik bertauliah, jurumekap profesional, kontraktor binaan dan usahawan salon.

Iklan
Iklan

Terbaharu, seorang anak muda dikenali Muhammad Syukur Khamis, 19, telah membanggakan ibu bapanya apabila berjaya menjadi mekanik seterusnya mengusahakan bengkel motosikal bersama abangnya, Muhammad Alias Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, Terengganu.

Muhammad Syukur yang terkenal dengan panggilan ‘Mowgli Malaysia’ atau ‘budak kerbau’ mengusahakan bengkel itu setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di GiatMara Kuala Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu.

Iklan

Menurut beliau, minat terhadap motosikal berkuasa tinggi telah mendorongnya menceburi bidang tersebut dan turut memasang impian untuk memiliki sebuah bengkel canggih dan berteknologi tinggi kelak.

"Bengkel yang beroperasi ketika ini, sebenarnya telah dibuka empat tahun yang lalu. Tetapi selepas abang (Muhammad Alias) menjadi tenaga pengajar di GiatMara Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kesuntukan masa.

Iklan

"Abang minta saya belajar membaiki dan mengambil alih urusan bengkel.

"Kebiasaannya, saya akan membaiki motosikal berkapasiti kecil pada waktu pagi. Malamnya pula, abang datang membantu dan kami sama-sama membaiki motosikal berkuasa tinggi dengan menetapkan harga lebih murah sesuai dengan harga pasaran semasa,” ujarnya.

Muhammad Syukur ketika berada bengkelnya di Kampung Banggol Katong. Foto: Bernama

Untuk info, nama Muhammad Syukur menjadi viral di seluruh negara ketika berusia 14 tahun menerusi aksi fotogeniknya bersama sekawan kerbau.

Dalam gambar yang dirakam jurugambar profesional, kelihatan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu itu cukup menyanyangi kerbaunya

Bak kata jurugambar, Nazri Sulaiman, hubungan mesra Syukor (pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu ketika itu) dan haiwan seperti kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung bukan biasa-biasa.

"Dia bergurau dengan semua haiwan ini seperti ‘kawan-kawan sekolah’," ujarnya dalam portal tempatan.

Akhir sekali, kami di Sinar Bestari kagum dengan kejayaan pelatih GiatMara Kuala Terlemong yang berjaya menguasahakan bengkel dalam usia muda.

Sekurang-kurangnya, pembelajaran dan latihan di GiatMara membuktikan apa yang dipelajari pelatih sangat berkesan sekali gus dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kerjaya sebenar.