Catatan sebak penuhi laman sosial UiTM. ‘Mereka ‘pergi’ selepas makan malam bersama-sama. Allahuakbar, sedihnya!'

Iklan
Kemalangan maut membabitkan tiga pelajar UiTM Dungun dikatakan berlaku di Jalan Pantai Sura malam tadi.

Pagi ini, semua platform media sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memuat naik hantaran berkenaan kesedihan dan rasa terkejut mereka apabila tiga pelajarnya maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya pada Rabu.

Tinjauan Sinar Bestari di laman sosial Facebook: MPP UiTM Terengganu mendapati, tiga ucapan salam takziah dikongsi mereka menerusi hantaran berbeza kepada penuntut-penuntut UiTM Kampus Dungun, Terengganu yang maut.

Iklan
Iklan

"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, 20; Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Allahyarham Mohd Akmal Tukirin, 25, di mana ketiga-tiga ini merupakan penuntut di UiTM Kampus Dungun.

"Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin,” catat perkongsian itu.

Iklan

Selain tiga pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai Sura, Kuala Terengganu, Terengganu seorang lagi pelajar dikenali Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, telah cedera parah.

Difahamkan, beliau sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, hasil semakan Sinar Bestari di Facebook: UiTM Dungun, Terengganu pula turut memaparkan catatan yang sama mengenai kematian pelajar mereka.

Iklan

Cuma bezanya, ada hantaran yang dikongsi admin UiTM Dungun, Terengganu tentang luahan sebak warga maya dengan pemergian ketiga-tiganya.

"Kemalangan adalah satu ujian yang sukar. Semoga keluarga mangsa dikelilingi oleh kasih sayang dan sokongan orang-orang terdekat. Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di UiTM Kampus Dungun. Semoga ALLAH memberikan kesembuhan dan kekuatan kepada keluarga mangsa untuk menghadapi hari-hari mendatang. Al-Fatihah.”

"Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Dengan rasa sedih dan hiba, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh warga UiTM Dungun atas pemergian tiga pelajar dalam kemalangan yang tragis ini. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNya ke atas roh dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Moga keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.

"Allahu. Tiga orang arwah dengar cerita pelajar Degree in Accountancy UiTM Dungun baru balik kokurikulum. Sad day. Meninggal dilanggar depan pintu masuk kampus oleh seorang mental woman. Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un.”

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga para penuntut yang meninggal dunia malam tadi.

"Mendapat perkhabaran duka, tiga orang pelajar UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan lewat petang tadi (semalam) dan telah kembali ke rahmatullah.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, Allahyarham Muhammad Akmal Md Tukirin dan Allahyarham Ku Adib Aizad Ku Azmi.

"Semoga roh kesemua mereka dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menempuhi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.