Ibu bapa pelajar UiTM berangkat umrah kini berpatah balik sebaik terima berita pemergian anak

Iklan

Ibu bapa salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan pada Rabu, dikhabarkan berpatah balik dan pulang ke Malaysia sejurus tiba di tanah suci bagi menunaikan umrah.

Ibu bapa kepada Ku Adib Aizad Ku Azmi dikatakan baru sahaja berangkat untuk menunaikan umrah kira-kira pukul 7 malam pada Rabu, sebelum nahas di hadapan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun berlaku sekitar pukul 7.20 malam.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku kedua-duanya masih belum mengetahui tentang berita pemergian anak mereka.

Memetik perkongsian Ridzaudin Majid di laman Facebooknya, bapa Ku Adib terus berpatah balik sebaik sahaja sampai di lapangan terbang Jeddah.

Iklan

"Menanti dua kepulangan hari ini di kejiranan kami di Seri Pristana Sungai Buloh.

"Ayahnya Ku Azmi dan ibunya berlepas ke Makkah. Anaknya Ku Adib kemalangan (waktu) Maghrib dan meninggal dunia. Ayahnya terus berpatah setelah sampai di lapangan terbang Jeddah.

Iklan

"Dugaan untuk jiran kami. Semoga ALLAH memudahkan urusan dan kekuatan untuk ibu ayahnya,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan, Ku Adib yang merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Perakaunan telah terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga lagi mangsa.

Mereka yang terlibat adalah Khairil Anwar Jamaludin dan Muhammad Akmal Md Tukirin, pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

Manakala, seorang lagi Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, pelajar Sarjana Muda Sains Perakaunan cedera parah kini sedang dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk ratawan lanjut.

Difahamkan, mereka berempat dalam perjalanan pulang ke kampus setelah makan malam bersama sebelum dua motosikal yang dianaiki semua mangsa tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.

Rempuhan itu menyebabkan empat pelajar tersebut tercampak manakala kenderaan berkenaan pula terbabas memasuki parit di tepi jalan.