Bengkel perkasa guru pendidikan khas

Iklan
Pelbagai aktiviti bermanfaat disediakan sepanjang bengkel berlangsung.

Bengkel Strategi Intervensi Tulisan Tangan Murid-Murid Berkeperluan Khas disertai 38 peserta yang terdiri daripada guru prasekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), cikgu PPKI dan pemulihan sekitar Perlis.

Program anjuran Diploma Pemulihan Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan mereka (guru-guru) mengenai kepentingan perkembangan tulisan tangan serta cadangan strategi intervensi tulisan tangan bagi murid-murid berkeperluan khas selaras dengan amalan berasaskan kajian penyelidikan semasa.

Iklan
Iklan

Selain itu, ia turut berobjektif meningkatkan kolaborasi berbentuk pemindahan ilmu kepada komuniti iaitu guru-guru pendidikan khas di sekolah.

Pengarah program, Muhammad Radhi Rahimi Abu Bakar berkata, pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang berlangsungnya bengkel itu.

Iklan

"Antaranya siri ceramah bertajuk ‘Kemahiran Tulisan Tangan dalam Kalangan Murid-murid Berkeperluan Khas’ yang disampaikan Pensyarah Pemulihan Cara Kerja, Muhammad Azwan Azri.

"Kemudian, bengkel diteruskan dengan sesi praktikal di mana peserta dibahagikan kepada lima breakout session.

Iklan

"Setiap siri dirancang khusus untuk melatih kemahiran guru-guru dalam menjalankan aktiviti tertentu dalam intervensi tulisan tangan yang terdiri daripada komponen koordinasi mata tangan dan integrasi visual-motor; kemahiran motor halus; visual dan working memory serta diskriminasi visual dan hubungan visual-spatial,” katanya.

Tambah Muhammad Radhi Rahimi, bengkel itu turut menyumbang kepada mata kredit penunjuk prestasi utama (KPI) bagi UiTM selari saranan yang diterapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menjalankan program tersebut.

Katanya, program sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya SDG 3: Good Health and Wellbeing, SDG 4: Quality Education dan SDG 17: Partnerships for the Goals dalam menggalakkan kolaborasi dan pemindahan ilmu antara pelbagai bidang dengan golongan pendidik lebih-lebih lagi dalam lapangan pendidikan khas.