Tiga kali ambilan pelajar ACCA dalam setahun di UPTM

Iklan

Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) semakin mendapat tempat di hati pelajar yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang itu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah pengambilan pelajar bagi tahun 2024, meningkat berbanding tahun lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Program ACCA Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Siti Norashikin Ishak berkata, peningkatan pelajar baharu bagi program itu terpaksa dibuka sebanyak tiga kali iaitu Julai, September dan Disember.

Siti Norashikin

"Bagi dua program berkaitan ACCA ini terutama melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu melalui Foundation in Accountancy (FIA) terlebih dahulu selama setahun.

Iklan

"Di sini, mereka perlu mengambil tujuh subjek dan selepas melengkapkan FIA, barulah boleh melanjutkan pelajaran bagi program ACCA selama dua tahun setengah,” katanya.

Kongsi Norashikin, pelajar boleh mengambil dan menduduki peperiksaan enam subjek di Malaysia serta berpeluang menghabiskan lagi empat subjek di Ireland.

Iklan

Ditanya mengenai bantuan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), Norashikin memberitahu, tajaan pembelajaran disediakan lebih-lebih lagi buat pelajar yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

"Mara menyediakan tajaan pelajaran dimana pembiayaan ini termasuklah yuran pengajian, yuran peperiksaan, buku dan elaun sara hidup.

"Untuk pelajar di bawah FIA, jumlah tajaan dalam RM14,000, manakala RM60,000 untuk pelajar yang mengikuti program ACCA,” ujarnya lagi.

Bahkan, mereka yang berpeluang untuk meneruskan pembelajaran di Ireland juga mendapatkan tajaan di bawah Mara.

Justeru, Norashikin berkata, buat pelajar yang memasang niat untuk menyambung dalam bidang ACCA ini, boleh meneruskan pengajian terutamanya di UPTM.

Ia berikutan UPTM bukanlah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang calang-calang.

"Kami di UPTM bukan IPTS yang calang-calang kerana kami menyediakan pelbagai jenis bantuan dan kemudahan buat pelajar.

"Jangan takut kerana di sinilah tempat kamu mencapai cita-cita menjadi akauntan yang bertauliah,” katanya.