Larian santai songket 4.0 gegar MSU

Iklan

Sebar luas kepentingan warisan songket kepada warga MSU dan komuniti

Management and Science University (MSU) melalui Jabatan Pembangunan Pelajar dan Kerjaya (SCD) meneruskan inisiatif memelihara budaya seni tenun songket menerusi 'International Songket Run 4.0'.

Acara larian santai yang dijadual berlangsung pada 19 Oktober ini, bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti khasnya pelajar mengenai kepentingan menghargai warisan songket.

Iklan
Iklan

Penganjuran International Songket Run 4.0 juga menggalakkan para peserta terutamanya warga MSU termasuk komuniti setempat dan seisi keluarga pelbagai peringkat mengetengahkan busana, kraftangan serta kebudayaan tempatan.

Para peserta bakal melalui jarak larian sejauh 5 kilometer (km) dan 10km di laluan Seksyen 13, Shah Alam.

Iklan

Manakala garis mula dan tamatnya larian di Kampus MSU dengan sasaran 6,000 peserta.

Selain International Songket Run 4.0 yang membabitkan pelbagai kategori penyertaan, MSU turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti cabutan bertuah, zumba dan banyak lagi.

Iklan

Larian yang memasuki edisi keempat itu bakal disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku penaung International Songket Run 4.0.

Acara itu juga bakal dihadiri Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid; pengurusan kanan MSU dan rakan-rakan industri.

International Songket Run edisi pertama dianjurkan pada tahun 2018.

Ia diikuti edisi kedua pada tahun 2019, sekali gus berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) menerusi kategori The Largest Participation In A Songket Running Event yang disertai seramai 4,878 peserta.