Banjir di kampus UM sudah reda, semua laluan dibuka semula

Iklan
Semua laluan di dalam kampus dan pintu masuk utama telah dibuka semula termasuk pintu yang dinaiki air sejak jam 10 pagi Selasa.

Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampus di sini telah reda.

Berikutan daripada itu, semua laluan di dalam kampus dan pintu masuk utama telah dibuka semula termasuk pintu yang dinaiki air sejak jam 10 pagi Selasa.

Iklan
Iklan

UM mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir akibat hujan lebat pagi Selasa.

"Pihak universiti akan memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Komunikasi Krisis UM, Farawahida Ismail ditalian 03-79677009 atau email kepada masturayusoff@um.edu.my.

Iklan