Belanjawan 2025: Sekolah di Johor Bahru bakal jadi sekolah pertama pendidikan autistik

Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Kerajaan prihatin dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik.

Berikutan itu, sekolah di Johor Bahru, Johor bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.

Iklan
Iklan

Selain Johor Bahru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah lagi sekolah yang sama (murid berkeperluan khas) akan dibina di Tuaran, Sabah.

"Kedua-duanya (Johor Bahru dan Sabah) memperuntukkan kos sebanyak RM300 juta,” kata beliau.

Iklan

Seterusnya, ujar Anwar, 11 Pusat PERMATA baharu juga akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik.

Malah, Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,000 murid orang kurang upaya (OKU) termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta.

Iklan