UMT cipta sejarah dipilih pelaksana WIFIdx

Iklan
Sultanah Nur Zahirah (kiri) melancarkan program WIFIdx di majlis santapan petang sempena majlis konvokesyen UMT kali ke-22 di Taman Tamadun Islam.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) cipta sejarah apabila dipilih sebagai pelaksana program The Women ICT Frontier Initiative (WIFIdx) di Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata, WIFIdx bertujuan memupuk program keusahawanan wanita di Asia dan Pasifik melalui pembangunan kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, WIFIdx telah dilaksanakan di 12 negara merentasi rantau Asia Pasifik termasuk Armenia, Bangladesh, Kemboja, India, Kyrgyzstan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka dan Thailand.

"Alhamdulillah, UMT amat berbesar hati dan bertuah apabila Sekretariat WIFIdx UN telah memberi mandat kepada kami sebagai pelaksana WIFIdx di Malaysia bagi tempoh dua tahun bermula 2024 hingga 2026.

Iklan

"Selain itu, UMT turut bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi melaksanakan program WIFIdx di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran WIFIdx di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, WIFIdx adalah program inisiatif pengukuhan ICT wanita yang dilancarkan pada 2016 di bawah Asian and Pacific Training Centre for Information and Communication Technology for Development (APCICT) berpangkalan di Incheon, Korea.

Sementara itu, Canselor UMT, Sultanah Terengganu Nur Zahirah berkenan menyempurnakan program tersebut.

Keberangkatan tiba baginda bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zamri berkata, pelbagai usaha telah dilakukan UMT untuk meningkatkan pendapatan tabung zakat mereka bagi memastikan pelajarnya tidak berdepan masalah kewangan yang kritikal.

"Sumbangan pelbagai agensi dan syarikat korporat adalah dalam bermacam bentuk seperti dana zakat, bantuan pendidikan dan juga geran projek.

"Semua ini bagi mendukung keperluan pendidikan dan pembangunan pelajar di UMT.

"Jadi majlis ini turut diadakan penyampaian cek sebagai simbolik penyerahan sumbangan RM1.7 juta," ujarnya.