Lebih 6,000 peserta meriahkan larian songket ISR 4.0

Iklan
Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama bersama peserta ISR 4.0.

Management and Science University (MSU) melalui Jabatan Pembangunan Pelajar dan Kerjaya (SCD) meneruskan inisiatif memelihara budaya seni tenun songket melalui penganjuran International Songket Run 4.0 (ISR 4.0).

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, acara larian santai itu mula dianjurkan pada 2018 disusuli 2019 dan 2023 seterusnya memasuki edisi keempat berlangsung di Kampus MSU, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program itu bertujuan memberikan pendedahan kepada warga MSU dan komuniti berkenaan kepentingan menghargai warisan songket dari aspek busana, kraftangan serta kebudayaan.

"Program ini mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records melalui 'Penyertaan terbesar dalam acara larian songket' pada 2019 dan 'Penyertaan terbesar peserta memakai atau mempunyai elemen songket' pada 2018.

Iklan

"ISR 4.0 merupakan satu perhimpunan meriah dan penuh warna-warni selepas menarik lebih 6,000 penyertaan daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan latar belakang.

"Peserta bukan hanya menyahut cabaran larian, tetapi turut tampil anggun dan unik dengan mengenakan busana tradisional songket yang memaparkan pelbagai motif indah melambangkan keunikan warisan budaya," katanya pada Sabtu.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan acara larian ISR 4.0 pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-ROSLI TALIB.

Iklan

Acara larian merangkumi kategori 5 dan 10 kilometer (km) bermula dari kampus MSU merentasi sekitar Seksyen 13 Shah Alam disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Permaisuri Norashikin berangkat pada acara pelepasan peserta larian 5km disusuli lawatan ke reruai pameran kucing seterusnya menyempurnakan acara penutup.

ISR 4.0 mendapat sokongan dan tajaan daripada MSU Medical Centre (MSUMC), Jabatan Warisan Negara, Malaysian Songket Fashion Award dam Kembara Events Solution.

Turut menaja, Affin Bank, Decathlon, HP Malaysia, Acer Malaysia, Acapella Suite Hotel, Todak, Foto Unigraduate Sdn Bhd, LightGreen, Qalish Beauty & Wellness.

Mohd Shukri berkata, bersempena program itu, acara The Song-Cat Show & Pets Exhibition bertemakan songket turut diadakan.

Selain itu katanya, peserta turut berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menerusi kategori khas dipertandingkan termasuk peserta termuda, peserta paling senior dan peserta memakai songket paling kreatif.

Antara peserta yang memeriahkan ISR 4.0.

Sementara itu, beliau berkata, MSU sebagai sebuah universiti terbaik di dunia, Asia dan Malaysia memberikan tumpuan penawaran program pengajian berkualiti untuk melahirkan graduan kompeten dan holistik.

Ujarnya, MSU mempelopori serta memperkasakan aspek pembelajaran dan pengajaran berkualiti sejajar dengan perkembangan semasa yang turut diiktiraf di peringkat domestik dan antarabangsa.

"MSU terus cemerlang di peringkat global apabila berada pada kedudukan 580 dalam QS World University Ranking 2025 serta 801-1000 dalam Times Higher Education World University Ranking 2025.

"Bagi aspek kebolehpasaran graduan, MSU diiktiraf Talent bank dengan enam bintang untuk Employer's Choice or Universities 2024 dan mencatatkan 99 peratus kadar kebolehpasaran graduan mengikut kajian KPT Tracer Study 2021-2022 serta diiktiraf sebagai Malaysia's Best University (Pengajian TVET) 2023," katanya.

Jelasnya, pengiktirafan itu menunjukkan kejayaan universiti dalam memperkasa enam teras utama pembelajaran dan pengajaran meliputi kebolehpasaran graduan dan hubungan industri, keusahawanan, pengantrabangsaan, penyelidikan, kelestarian program dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tengku Permaisuri Norashikin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kemenangan peserta kategori larian ISR 4.0.