Belum tamat belajar, sudah ditawarkan kerja

Iklan

Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat cabang kerjaya ideal masa kini

Sebagai satu-satunya institusi yang menawarkan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat, Politeknik Banting Selangor (PBS) sentiasa memastikan setiap graduan jurusan itu bersedia dengan kemahiran dan teori sebelum memasuki alam pekerjaan.

Pengarah PBS, Ts Ibrahim Burhan berkata, politeknik itu menawarkan pelbagai kemudahan praktikal atau peralatan sebagai pendedahan buat pelajar yang bukan sekadar teori tetapi secara •hands-on.••Ibrahim menjelaskan, kolaborasi bersama pihak industri juga salah satu usaha menyediakan kemudahan penempatan pekerjaan buat pelajar jurusan penyenggaraan pesawat terutama ketika mereka menjalani latihan industri sepanjang tempoh semester terakhir pengajian.

Ts Ibrahim Burhan

Iklan
Iklan

"Pelajar ini tidak hanya belajar teori tetapi menimba ilmu dari sudut kemahiran, menjadikan mereka sentiasa dinantikan oleh pihak industri.

"Sepanjang tempoh latihan industri, pelajar PBS mendapat pengalaman kerja yang sebenar.

Iklan

"Ini memudahkan mereka mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian selama tiga tahun,” katanya kepada Sinar Bestari.

Ditanya mengenai kemasukan pelajar dalam kursus itu, Ibrahim berkata, ia semakin mendapat permintaan terutamanya selepas beransurnya pandemik Covid-19.

Iklan

Katanya, selepas negara beransur pulih daripada pandemik itu dan industri penerbangan juga dilihat semakin berkembang maju, program penyenggaraan pesawat mendapat perhatian para pelajar.

"Alhamdulillah, kita mendapat sambutan menggalakkan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Industri penerbangan juga sentiasa menerima kehadiran graduan program ini kerana kebolehpasaran mereka tinggi.

"Paling membanggakan, ada pelajar yang belum pun graduasi sudah ditawarkan pekerjaan,” ujarnya.

Ibrahim mengalu-alukan pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti program ini kerana ia laluan mudah untuk bergelar jurutera selenggara 'burung besi'.

Shazana Mustapa

**pullquote**- Pensyarah Jabatan Penyenggaraan Pesawat PBS, Shazana Mustapa

Azlizul Suli

**pullquote** - Pemangku Ketua Jabatan, Jabatan Penyenggaraan Pesawat PBS, Azlizul Suli