MSU disenaraikan antara universiti terbaik dunia

Iklan
Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (tengah) bersama pelajar selepas berakhirnya program Bacaan Ikrar Pelajar Baharu MSU sesi 2024/2025 serta perlantikan Student Representative Council MSU sesi 2024/2025.

Management and Science University (MSU) terus memperkasakan kedudukannya sebagai antara institusi pendidikan tinggi (IPT) terbaik dunia.

Ia apabila MSU disenaraikan buat pertama kali pada tangga 801-1,000 seluruh dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025.

Iklan
Iklan

Pencapaian terkini itu menyaksikan MSU berada dalam kalangan terbaik dunia dari keseluruhan 2,092 universiti dalam kedudukan tersebut melibatkan 115 negara dengan 185 institusi disenaraikan buat pertama kali termasuk MSU.

Bagi Malaysia, terdapat sejumlah 23 IPT telah disenaraikan dalam dalam THE World University Ranking 2025, di mana MSU berada pada kedudukan ke-12.

Iklan

THE World University Ranking mengenal pasti sebanyak 18 indikator untuk dinilai merangkumi aspek pengajaran, penyelidikan alam sekitar, kualiti penyelidikan, hubungan industri, pemindahan pengetahuan serta pengantarabangsaan.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, penyenaraian universiti itu dalam kedudukan tersebut juga melengkapi kedudukan universiti yang turut disenaraikan dalam kalangan terbaik #301-400 THE Impact Ranking 2024.

"Pengiktirafan ini membuktikan keberkesanan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang diperkasakan dengan kerjasama erat bersama lebih 2,000 rakan industri menerusi University Industri Advisory Panel (UIAP).

Iklan

"Ia menyaksikan setiap graduan yang dilahirkan adalah memenuhi keperluan semasa industri sama ada di peringkat domestik dan global.

"Sehingga kini, MSU mempunyai lebih daripada 400 rakan universiti strategik di serata dunia bagi menyokong program pengantarabangsaan.

"Ia melibatkan pelajar serta tenaga pengajar dengan rakan universiti antarabangsa merangkumi program mobiliti, kolaborasi dalam bidang penyelidikan, penerbitan bersama dan khidmat komuniti,” maklum kenyataan itu.

Sementara itu, program mobiliti MSU melalui Global Mobility Program (GMP), Global Leadership Program (GLP) dan Global Internship Program (GIP) mendapat sokongan universiti melalui Yayasan MSU dengan pengenalan Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE).

Selain kerjasama pintar dengan rakan industri dan pengantarabangsaan, misi MSU dalam memperkasakan pembangunan modal insan turut merangkumi penekanan kepada aspek kebolehpasaran, keusahawanan, jalinan komuniti serta disokong oleh penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat serta pendidikan yang fleksibel.