ALLAH Maha Baik! Akhirnya Cikgu Din diberikan cuti oleh KPM

Iklan
Selain diberikan cuti, KPM juga akan mengadakan pertemuan bersama Cikgu Din bagi membincangkan kebajikan dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

Kisah guru dari Sarawak, Cikgu Din yang ingin berpindah ke Semenanjung demi menjaga isteri tercinta yang menghidap kanser, akhirnya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis memaklumkan, tindakan segera sedang diambil dalam menyelesaikan situasi dihadapi Cikgu Din atau nama sebenarnya, Izzuddin Izhar.

Iklan
Iklan

Antara tindakan itu adalah guru tersebut telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya.

Malah, satu pertemuan dengan beliau (Cikgu Din) akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

Iklan

Dalam masa sama, KPM mendoakan kesembuhan isteri guru ini dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara.

Sebelum ini, Sinar Bestari menyiarkan artikel mengenai kesulitan dihadapi Cikgu Din susulan isteri, Nur Atiqah My Yusoff menghidap kanser tulang rawan tahap empat (Mesenchymal chondrosarcoma left fumur) dan sedang menerima rawatan kemoterapi di sebuah hospital sekitar Kelantan.

Iklan

Cikgu Din yang ketika ini mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak terpaksa berulang-alik setiap dua minggu untuk pulang ke Kelantan bagi memberi sokongan kepada Nur Atiqah.

Pelbagai usaha telah dilakukan beliau untuk berpindah sekolah ke Semenanjung namun segalanya tidak berhasil hanya kerana tempoh perkhidmatannya belum mencecah tiga tahun.