Pendedahan pengiraan mekanik dan kimia kuantum menerusi Global Classroom

Iklan
Global Classroom bertujuan mempersiapkan pelajar sebelum memulakan uji kaji dan simulasi maya dalam pembelajaran bintik kuantum menggunakan perisian berlesen Gaussian09W.

Seramai 40 pelajar prasiswazah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) didedahkan dengan pengiraan mekanik dan kimia kuantum menerusi Global Classroom yang dijalankan secara dalam talian baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Program Teknologi Bahan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST), UMPSA, Profesor Madya Ts Dr Saifful Kamaluddin Muzakir, Global Classroom disertai pelajar yang sedang menjalani kursus Advanced Materials Laboratory dari UMPSA, Superconductor (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Solid State Physics (Bolu Aybant Izzet University (BAIBU), Turki).

Iklan
Iklan

"Penglibatan pelajar dalam sesi ini adalah penting untuk mencuba sendiri simulasi berkomputer menggunakan perisian sumber terbuka, ABINIT.

"Pembangunan kemahiran berkenaan seharusnya diberi penekanan selari dengan kemahiran penggunaan peralatan saintifik secara fizikal di makmal,” katanya.

Iklan

Pelajar Tahun Tiga, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian, FIST, UMPSA, Phobe Ann J Saimon berkata, banyak impak positif yang diperoleh sepanjang mengikuti Global Classroom.

"Salah satunya adalah pemahaman terhadap pengiraan Computational Superconductivity using Density Functional Theory (DFT) bertambah baik.

Iklan

"Saya tidak menyangka bahawa simulasi komputer seperti yang dilihat dalam filem Iron Man 2 benar-benar wujud. Kerana itu, saya boleh menggunakan komputer riba untuk membuat pengiraan dengan mudah,” ujarnya.

Terdahulu, Global Classroom yang bertemakan DFT dianjurkan FIST, UMPSA dengan kerjasama Faculty of Arts and Science, BAIBU serta Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM.

Ia bertujuan mempersiapkan para pelajar sebelum memulakan uji kaji dan simulasi maya dalam pembelajaran bintik kuantum menggunakan perisian berlesen Gaussian09W.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen UMPSA, UTHM dan BAIBU untuk memperkukuh jaringan pembelajaran antarabangsa, memperkasa pelajar dengan ilmu pengiraan kimia kuantum dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan.

Tentatif program Global Classroom dimulakan dengan sesi pengajaran oleh Profesor Dr Cihan Parlak dari BAIBU.

Beliau telah menerangkan prinsip superkonduktiviti diikuti peranan DFT untuk mengkaji sifat bahan secara maya.

Seterusnya, sesi soal jawab oleh Ts Dr Suhadir Shamsuddin, UTHM bersama peserta bagi memberi peluang kepada mereka mengemukakan pelbagai soalan dalam memahami topik yang dipelajari.