‘Jangan letak harapan tinggi’ - Pesanan warga maya apabila lepasan graduan inginkan gaji permulaan tinggi

Iklan
Mereka (graduan) dikatakan layak menerima gaji permulaan RM5,000 hingga RM6,000 dengan kelulusan diploma dengan alasan kemahiran, skil dan pengalaman yang dimiliki.

Sejak dahulu lagi, isu melibatkan gaji fresh graduate menjadi perbahasan dari mulut ke mulut di mana rata-ratanya menginginkan pembayaran yang lumayan berdasarkan bidang pekerjaan diceburi.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kebanyakan mereka menganggap untuk mendapat gaji permulaan yang tinggi lebih-lebih lagi setelah berjaya mendapatkan kelayakan diploma atau ijazah sarjana muda selepas tamat pengajian.

Iklan
Iklan

Meninjau ke aplikasi X baru-baru ini, tular satu perkongsian video memaparkan pelajar lepasan diploma dan ijazah sarjana muda sebuah universiti berkongsi anggaran tawaran gaji apabila mahu bekerja kelak.

Menerusi video itu, rata-rata menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula RM2,000 hingga RM4,000.

Iklan

Bagaimanapun, ada satu respon daripada video itu menarik perhatian warga maya apabila menyatakan bahawa mereka layak menerima gaji permulaan RM5,000 hingga RM6,000 dengan kelulusan diploma serta alasan kemahiran, skil dan pengalaman yang dimiliki sewaktu menuntut di universiti terbabit.

Susulan daripada video itu, warga maya memberi pesanan buat mereka untuk berpijak di bumi nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Iklan

Antara komen yang sempat dipetik adalah;

"Tersedak akak fresh grad diploma RM5,000. Tak apa tidak salah berangan.”

"Ada pengalaman boleh demand RM3,000 hingga RM5,000. Kalau baru hendak masuk alam pekerjaan memang tidak dapat nak demand.”

"Saya sudah kerja 10 tahun swasta dan kerajaan gaji baru RM4,000. Kamu baru habis belajar jangka dapat gaji RM3,500.”

"Tidak salah simpan angan-angan dik. Tetapi jangan percaya dan letak harapan yang tinggi sangat. Dunia di luar kejam.”