Kualiti pendidikan terbaik dari UPTM

Iklan
Petugas UPTM khasnya di Akademik dan Pengantarabangsaan yang sentiasa membantu pelajar.

UPTM perkenal mod pembelajaran hibrid lebih fleksibel

Sebagai sebuah institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kedua bertaraf universiti penuh, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sentiasa menawarkan program pengajian berbentuk konvensional dengan menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf peringkat antarabangsa.

Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan, Profesor Ts Dr Zahrah Yahya, sijil profesional ini diberi bersama dengan program akademik setelah pelajar tamat pengajian bertujuan membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Iklan
Iklan

Kata beliau, ia adalah usaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai 95 peratus dan bekerja mengikut bidang pengajian serta memperoleh gaji premium.

"Antara badan profesional yang terlibat adalah Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Management Institute (CMI), SAS, The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan CISCO.

Iklan

"Tidak hanya melibatkan pelajar program sarjana muda, malah mereka di bawah pengajian siswazah turut ditawarkan pensijilan profesional ini.

"Kita bukan sahaja hendak menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan industri tetapi juga mahu dikenali sebagai Applied Professional University,” katanya ketika ditemui Sinar Bestari.

Iklan

Kaedah pembelajaran hibrid

Zahrah menjelaskan, UPTM membawa aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Negara yang menekankan kepentingan fleksibiliti dalam penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Dengan membawa pendekatan pembelajaran mengikut kaedah hibrid, membolehkan penyampaian dan jadual lebih fleksibel, selain meningkatkan penglibatan pelajar serta penggunaan teknologi dalam PdP.

Zahrah

"Hibrid ini memfokuskan sehingga 60 peratus pembelajaran dalam talian dan 40 peratus secara fizikal secara bersemuka.

"Setakat ini, Bachelor of Business Administration menjadi perintis di UPTM yang menggunakan pendekatan hibrid dan program-program lain seperti Bachelor of Early Childhood Education dan program sedia ada akan ditukarkan mod penyampaiannya," ujarnya.

Kata Zahrah, kaedah itu memberi peluang kepada golongan yang bekerja, memasang niat menyambung pengajian untuk belajar dengan jadual lebih fleksibel.

Micro-credentials nilai tambah pelajar dan golongan bekerja

UPTM juga menawarkan sembilan kursus di bawah Micro-credentials yang memberi peluang kepada individu bekerja untuk peningkatan dan pengubahsuaian kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya.

Ujar Zahrah, program nano atau mikro yang ditawarkan mengikut agenda pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), selain turut mendapat saranan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Daripada sembilan kursus ini, dua daripadanya telah ditawarkan manakala tujuh lagi menyusul pada Disember ini.

"Setakat ini, kursus yang dinyatakan mengikut pelbagai mod dan bentuk pembelajaran.

"Baru-baru ini juga, kita telah membangunkan Micro-credential iaitu Corporate Sustainabality and Accountabality yang bekerjasama dengan pakar SDG dari APPGM-SDG," tuturnya lagi.

Edu-Tourism

Berbicara lebih lanjut mengenai salah satu program ditawarkan oleh UPTM, Zahrah memaklumkan Edu-Tourism sebagai kursus jangka pendek berbentuk Pelancongan Pendidikan.

Katanya, kursus ini menampilkan dua pakej iaitu pembelajaran selama lima hari atau tiga minggu yang memfokuskan budaya, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bahasa Inggeris, kemahiran digital dan beberapa lagi kemahiran lain.

"Bagi kursus ini, kita menyasarkan kepada pelajar luar negara tetapi individu tempatan juga dialu-alukan.

"Bahkan sebelum ini, UPTM sudah menerima pelajar dari Mexico yang menjalani kelas dan pembelajaran di luar kuliah sekitar Kuala Lumpur.

"Mereka (pelajar) yang tamat sahaja kursus ini akan mendapat sijil dari UPTM dan agensi pelancongan serta menerusi kolaborasi badan profesional," katanya.

Zahrah (kanan) sewaktu ditemu bual wartawan Sinar Bestari di pejabatnya.

13 program baharu akan diperkenalkan

Menurut Zahrah, sehingga tahun 2024, sebanyak 31 program ditawarkan UPTM dan 13 lagi program baharu pada 2025/2026 akan diperkenalkan bagi memperluaskan penawaran program akademik.

Ia termasuk Bachelor of Artificial Intelligence (AI) dan Bachelor of IT in Data Analytics bagi memenuhi keperluan industri dan teknologi yang berkembang pesat.

"Program baharu termasuk sebahagian yang telah mendapat akreditasi sementara (provisional accreditation) daripada MQA. Antaranya Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan, Master of Education (TESL), Bachelor in Computer Science dan Bachelor of Business Administration (Digital Marketing)," katanya.

FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID