Kumpulan tarian SSeMKL menang besar

Iklan
Pencapaian kumpulan tarian SSeMKL dalam pertandingan di Prague, Republic Czech membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Bawa pulang tiga anugerah dalam 42nd International Competition Of Folklore, Dance and Music Festival ‘PRAGUE STARS’ Autumn 2024

Kumpulan tarian Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga anugerah dalam 42nd International Competition Of Folklore, Dance and Music Festival ‘PRAGUE STARS’ Autumn 2024 di Prague, Republic Czech baru-baru ini.

Anugerah tersebut ialah Champion for Solo, Champion for Duet dan Champion for Ensemble Group menerusi kategori Folklore Dance Art.

Iklan
Iklan

Jurulatih Seni Tari SSeMKL, Mohamad Shahfik Abd Aziz berkata, setiap kemenangan itu disertai oleh pelajar yang berbeza.

"Champion for Solo dimenangi oleh Muhammad Nazhan Nasir dengan karya tari bertajuk Kenyalang manakala Champion for Duet ditarikan oleh Muhammad Nor Danish Amani Nor Arazman dan Nur Aireen Hannani Zariwatul Dzazli dengan karya tari Kuda Pacu.

Iklan

"Bagi Champion for Ensemble Group pula, ia disertai Kumpulan Pewaris Seni Anak Tari yang dianggotai enam pelajar menerusi karya Suluh. Mereka ialah Airis Qistina Sudirman, Ishratul Qistina Mohamad Zamri, Nur Alya Batrisya Mohamad Rizal, Muhammad Hakimi Muhamad Amin, Khalif Heykal Khalid dan Muhammad Hilmi Izzuddin Rosli.

"Apa yang mengejutkan kami, juri profesional telah memilih kumpulan ini sekali gus menganugerahkan Grand Prix Award - Outstanding Performance iaitu pencapaian tertinggi dalam pertandingan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Iklan

Ujar Mohamad Shahfik, kemenangan anak-anak didiknya itu sememangnya luar biasa apatah lagi pertandingan disertai banyak pasukan.

"Kami mengambil masa sekitar tiga minggu untuk membuat latihan itu pun dilakukan pada waktu petang selepas proses pembelajaran selesai.

"Penat itu lumrah namun semangat sembilan pelajar yang terlibat cukup mengagumkan saya. Kemenangan ini adalah hasil usaha keras mereka. Tahniah,” ujarnya yang turut dibantu Nur Arziana Md Sakek selaku Jurulatih Seni Tari SSeMKL.

Mengulas lanjut, maklum Mohamad Shahfik, kejayaan kumpulan tari sekolah tidak akan dicapai jika tiada sokongan penuh semua pihak.

"Sekalung penghargaan dan terima kasih saya kepada Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Pengetua SSeMKL, Siti Dewi Marsitah Ismail, ibu bapa dan pihak berkaitan yang sentiasa memberi kepercayaan dan dorongan serta keyakinan agar kami berjaya dalam pertandingan ini.

Trofi, medal dan sijil penghargaan yang diraih kumpulan tarian SSeMKL.

"Tanpa anda semua, kami tidak mungkin dapat mencapai tahap sehebat ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, 42nd International Competition Of Folklore, Dance and Music Festival ‘PRAGUE STARS’ Autumn 2024 anjuran European Association of Folklore Festival (EAFF) disertai hampir 50 kumpulan dari seluruh dunia antaranya Slovakia, Ukraine, Romania, Bosnia dan Republic Czech.

Muhammad Nazhan dinobat Champion for Solo dalam pertandingan sama.


Muhammad Nor Danish Amani (kiri) dan Nur Aireen Hannani (kanan) diumum Champion for Duet.


Selain muncul Champion for Ensemble Group, Kumpulan Pewaris Seni Anak Tari juga menerima Grand Prix Award - Outstanding Performance.


Kumpulan tarian SSeMKL berkongsi kegembiraan selepas memenangi tiga anugerah dalam 42nd International Competition Of Folklore, Dance and Music Festival 'PRAGUE STARS' Autumn 2024.