Menurut Ringkasan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR), 2017 -2021, kanser payudara (17.6 peratus) dicatatkan sebagai kanser paling utama dalam senarai 10 jenis kanser yang menyerang penduduk Malaysia, khusunya wanita.
Bulan Kesedaran Kanser Payudara tahun 2024 bertemakan ‘No one should face breast cancer alone’ pada Oktober lalu, bukan sahaja bertujuan menekankan kepentingan kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara tetapi berperanan memberi diagnosis tepat dalam rekod perubatan dan statistik data tahunan di Malaysia bagi merancang strategi memerangi penyakit tersebut.
Menerusi ringkasan laporan MNCR ini, dinyatakan terdapat peningkatan daripada seorang dalam 27 wanita dalam tempoh 2012 hingga 2016 kepada seorang dalam 23 wanita dijangka menghidap kanser payudara dalam tempoh 2017 hingga 2021.
Statistik ini memberikan pandangan yang tidak ternilai terhadap trend dan faktor risiko yang berkaitan dengan kanser payudara.
Inisiatif Kanser Payudara Global (GBCI) yang dilancarkan pada tahun 2021 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menggariskan tiga cara bagi mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara ini sebanyak 2.5% setiap tahun menjelang 2040 iaitu:
- Promosi kesihatan untuk pengesanan awal
- Diagnosis tepat pada masanya
- Pengurusan kanser payudara yang menyeluruh
Apakah peranan data rekod perubatan?
Peranan data rekod perubatan yang tepat adalah penting untuk mengesan sejarah pesakit, memastikan kesinambungan penjagaan dan meningkatkan mutu hasil rawatan.
Data perubatan yang dikumpul daripada rekod pesakit membolehkan para penyelidik mengenal pasti jenis, menilai keberkesanan rawatan dan meneroka strategi terapeutik baharu. Sebagai contoh, memahami sejarah keluarga kanser payudara melalui rekod perubatan boleh membantu dalam menilai risiko individu dan mengesyorkan langkah saringan yang sesuai.
Bagaimanakah Klasifikasi Kod Penyakit Antarabangsa (ICD-10) berperanan dalam pengesanan data kanser?
Klasifikasi kod penyakit antarabangsa (ICD-10) yang menjadi salah satu peranan penting dalam mengumpulan data rekod, memainkan peranan penting dalam menyeragamkan diagnosis dan klasifikasi penyakit, termasuk kanser payudara.
Kod ICD-10 untuk kanser payudara (C50) membolehkan pengumpulan dan analisis data yang konsisten dalam memberi kemudahan penjagaan kesihatan. Kod ini membantu dalam pengesanan dan kelaziman kanser payudara, membantu dalam penyelidikan dan strategi kesihatan awam.
Kesan ke atas data statistik penjagaan kesihatan yang diperoleh daripada rekod perubatan dan pengekodan ICD-10 dengan ketara kaedah rawatan dan pembiayaan penjagaan kesihatan.
Kerajaan dan organisasi kesihatan bergantung pada data ini untuk memperuntukkan rawatan secara berkesan, menyokong inisiatif penyelidikan dan melaksanakan program saringan.
Selain itu, rekod perubatan yang tepat adalah penting untuk penjagaan pesakit yang diperibadikan, membolehkan penyedia penjagaan kesihatan membangunkan pelan rawatan yang disesuaikan berdasarkan sejarah pesakit individu.
Dalam memerangi kanser payudara, kepentingan pengesanan awal dan data yang tepat tidak boleh dipertikaikan.
Mamogram berkala adalah penting sebagai pengesanan awal di samping kesedaran untuk menjaga kesihatan payudara.
Pada masa yang sama, terdapat kepentigan yang signifikan untuk mengekalkan rekod perubatan yang tepat dan menggunakan kod ICD-10 bagi memastikan kumpulan penjagaan kesihatan mempunyai maklumat yang diperlukan untuk menawarkan penjagaan yang terbaik.
Penyelidikan dan teknologi perubatan akan terus maju dengan penyepaduan antara data dan rekod yang komprehensif, seterusnya akan meningkatkan keupayaan untuk memerangi kanser payudara dengan berkesan.
Maklumat Penulis
1 - Fakulti Pengurusan & Kesihatan Digital, Universiti KPJ Healthcare (KPJU), Syakinah Anian
2 - Pensyarah Kanan, Jabatan Pengimejan Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan KPJU, Profesor Dr Norhayati Mohd Zain
3 - Penyelaras Program Diploma in Healthcare Management, Fakulti Pengurusan & Kesihatan Digital KPJU, Siti Munira Kamarudin
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my